Syed Saddiq gesa ahli Muda lawat rumah ibadat agama lain

Syed Saddiq gesa ahli Muda lawat rumah ibadat agama lain

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa lebih 100,000 ahli parti itu melawat rumah ibadat agama lain.

Beliau menggesa rakyat berlapang dada kerana melawat rumah ibadat agama lain dapat membantu generasi muda memahami agama dan budaya kaum lain.



“Adakah melawat tempat agama lain, melihat seni binanya dan memahami sejarahnya akan mengurangkan iman kita? Saya yakin tidak.

“Sebagai presiden Muda, saya mahu menggesa lebih 100,000 ahli Muda untuk melawat mana-mana rumah ibadat, kerana ini (Malaysia) adalah rumah kita, bersama dan selamanya,” katanya menerusi satu klip video.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau pernah melawat banyak rumah ibadat dan beberapa pemimpin lain juga berbuat demikian, termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Saya juga banyak membawa rakan-rakan bukan Islam melawat masjid. Malah, Sultan Johor yang sangat dihormati juga melawat kuil ketika perayaan Thaipusam sebagai tanda penghormatan dan toleransi di Malaysia.”



Terdahulu, Majlis Agama Islam Selangor dilaporkan larangan ke atas sebarang aktiviti untuk memujuk atau mempengaruhi umat Islam di negeri itu cenderung atau berminat kepada agama bukan Islam.

Kerajaan Pulau Pinang bagaimanapun tidak mengikut jejak Selangor, sebaliknya ia mengambil pendekatan mengikut enakmen dan akta sedia ada dengan membenarkan mana-mana pihak menganjurkan program serta mengajak umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam bagi memahami agama lain.

Tetapi, individu atau badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak terlibat dengan kerja sosial serta perpaduan tidak digalak mengadakan program sedemikian. FMT

Syed Saddiq gesa ahli Muda lawat rumah ibadat agama lain



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah



Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker