Umno tak boleh nostalgia masa lalu dan emosional – Azalina

Umno tak boleh nostalgia masa lalu dan emosional – Azalina

Umno perlu mengubah pendekatan yang “romantik” dan “emosional” kepada progresif untuk terus kekal relevan kepada pengundi Melayu masa kini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Azalina Othman Said, berkata Umno tidak boleh lagi mengambil pendekatan bernostalgia terhadap masa lalu dan perlu memahami kehendak semasa.



“Orang Melayu di luar sana bukan orang Melayu tahun 1946, orang Melayu hari ni bukan orang Melayu zaman Tun Razak Hussein, bukan zaman Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Orang Melayu hari ni adalah berbeza, consumer market (pasaran pengguna) dah berubah,

“Kalau kita bercakap benda yang romantik, emosional yang sedap didengar, tak menjamin sokongan.

“Pengundi muda kini dia tengok elemen keadilan, tak mahu rasuah, tadbir urus yang baik dan sebagainya.



“Umno kena tukar ‘branding’, pendekatan parti politik Umno tidak lagi pada nostalgia hidup Umno, hidup Umno,” katanya pada wawancara bersama media.

Umno mengalami kemerosotan sokongan selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di bawah kepimpinan Presiden Umno Najib Razak.

Ia menyaksikan buat kali pertama selepas 60 tahun mentadbir negara, Umno, BN menjadi pembangkang selepas tewas kepada Pakatan Harapan (PH).

Prestasi Umno terus merosot dan mencatat keputusan paling teruk apabila BN hanya berjaya memenangi 30 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu.



Daripada jumlah itu, 26 kerusi dimenangi calon Umno.

Bagaimanapun, Umno masih lagi menjadi sebahagian kerajaan apabila membentuk kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut, Azalina berkata Umno berdepan cabaran kerana sekarang pengundi ada lebih banyak pilihan parti berteraskan orang Melayu.

“Banyak parti politik Melayu sekarang, orang melihat banyak pilihan untuk orang Melayu.



“Kalau kita tengok dari segi ekonomi persaingan adalah sesuatu yang baik.

“Adalah sesuatu yang baik dengan adanya banyak parti yang menawarkan sesuatu yang baik (kepada orang Melayu). Kelebihan Umno adalah konsistensi Umno dalam perjuangan Umno,” katanya. Mk

Umno tak boleh nostalgia masa lalu dan emosional – Azalina

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker