Polis siasat hantaran FB kaitkan KBS dan gerakan Kristian

Polis siasat hantaran FB kaitkan KBS dan gerakan Kristian

Polis mengesahkan menerima laporan dan sedang menyiasat satu hantaran Facebook Che’Gubard Original yang mengaitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan gerakan “Kristian Evangelist”.

Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai berkata, siasatan dijalankan kerana hantaran itu menuduh KBS menyalurkan dana kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengajak belia bukan Kristian melawat gereja.

Beliau berkata, semakan polis mendapati hantaran itu menerima 544 komen, 377 perkongsian dan 448 respons sejak dimuat naik tiga hari lepas.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kerana fitnah) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya dalam kenyataan.

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau mengulas isu itu secara provokasi yang mungkin boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu sengaja mengeluarkan kenyataan yang mendatangkan kegusaran awam melalui isu menyentuh sensitiviti agama dan kaum.”

Beberapa hari lalu, Pengerusi (Penaja) Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Che’gubard menerusi hantaran di Facebooknya mendakwa sebuah NGO dengan dana daripada KBS sedang mencari belia bukan Kristian untuk dibawa melawat gereja. FMT

Polis siasat hantaran FB kaitkan KBS dan gerakan Kristian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker