Rakyat lihat Maimon tergesa-gesa penjarakan Najib – Lim Sian See
Perkara ini memang luar biasa apabila kita mengambil kira bahawa Najib juga membela dirinya terhadap 4 lagi pertuduhan jenayah berbeza dan 5 kes sivil lain yang difailkan oleh kerajaan Mahathir dan Muhyiddin terhadap beliau pada masa yang sama dengan kes SRC.
Oleh Norzahira
KES SRC International mengundang banyak spekulasi dari dalam dan luar negara. Rakyat dapat melihat dengan jelas Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendapat perbicaraan yang adil.
Oleh itu, sewajarnya lah beliau memohon semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan sabitan dan hukumannya atas kesalahan rasuah SRC International bernilai RM42 juta. Najib akan mengetahui samada permohonan tersebut berjaya atau tidak pada 31 Mac ini.
Memetik sumber penganalisis politik, sebenarnya, kes SRC Najib bergerak dengan sangat pantas melalui peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan walaupun negara dilanda dua tahun pandemik Covid. Banyak kes lain mengambil masa yang lebih lama dan masih belum selesai peringkat pertama lagi.
Perkara ini memang luar biasa apabila kita mengambil kira bahawa Najib juga membela dirinya terhadap 4 lagi pertuduhan jenayah berbeza dan 5 kes sivil lain yang difailkan oleh kerajaan Mahathir dan Muhyiddin terhadap beliau pada masa yang sama dengan kes SRC.
Jadi tidak hairanlah apabila Mahkamah Persekutuan di bawah Memon dilihat sebagai SALAH, KEJAM dan TIDAK ADIL dengan tidak memberikan penangguhan 2-3 bulan kepada peguam baru Najib untuk menyediakan kes mereka. Malah Memon melanggar arahan mahkamah untuk tidak membenarkan peguam Najib menarik diri dengan menggunakan alasan “Keadilan tertunda adalah keadilan dinafikan”.
Berdasarkan kes berprofil tinggi lain yang ditunjukkan di sini, rakyat melihat Memon tergesa-gesa memenjarakan Najib mengikut jadual yang telah dibuat iaitu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
Rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila mereka membuat spekulasi bahawa Najib sengaja menjadi sasaran penganiayaan.
Perbicaraan kes SRC Najib :
– didakwa pada 4 Julai 2018
– selesai Mahkamah Tinggi
– selesai Mahkamah Rayuan
– Sabitan terakhir di Mahkamah Persekutuan: 23 Ogos 2022.
– Masa diambil: 4 tahun, 1 bulan, 20 hari (termasuk 2 tahun PKP).
Perbicaraan rasuah Isa Samad :
– Didakwa pada 15 Dis 2018
– Peringkat Mahkamah Tinggi selesai
– Perbicaraan Mahkamah Rayuan masih belum bermula
– Masa diambil: 4 tahun, 3 bulan, 2 hari dan bersambung.
Perbicaraan rasuah Terowong Lim Guan Eng
– Didakwa pada 7 Ogos 2020
– Perbicaraan masih berjalan. Pendakwa raya masih belum selesai mengemukakan di peringkat mahkamah Tinggi.
– Masa berlalu: 2 tahun, 7 bulan, 10 hari dan bersambung.
Rusuhan kuil Seafield
– 17 orang didakwa pada 26 Nov 2018
– Kes hanya selesai pada 14 Feb 2023
– Masa diambil: 4 tahun, 3 bulan, 19 hari dan bersambung
Skandal rasuah air Sabah
– Didakwa pada 29 Dis 2016
– Perbicaraan masih berjalan. Pendakwa raya masih belum selesai mengemukakan di peringkat mahkamah Tinggi
– Masa diambil: 6 tahun, 2 bulan, 17 hari dan bersambung.
Perbicaraan Anwar Liwat II
– Didakwa pada 7 Ogos 2008
– Sabitan terakhir di Mahkamah Persekutuan: 10 Feb 2015
– Masa berlalu: 6 tahun, 6 bulan, 4 hari (tiada PKP)
Kes Akalbudi Zahid
– Didakwa pada 19 Oktober 2018
– Peringkat mahkamah tinggi masih belum selesai
– Masa diambil: 4 tahun, 4 bulan, 26 hari dan bersambung
Kes SRC ini dilihat dibuat dalam keadaan kelam kabut sehingga menjejaskan keadilan yang sepatutnya diberi kepada rakyat Malaysia. Apatah lagi, seorang negarawan ulung seperti Najib sepatutnya tidak dinafikan hak beliau untuk mendapat perbicaraan yang adil.
Permohonan semakan kehakiman berdasarkan konflik kepentingan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan sabitan terhadap perbicaraan kes SRC International pada Julai 2020.
Hakim Nazlan telah dinaikkan pangkat dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.
Najib mendakwa, antara lain hakim Nazlan tahu Maybank Investment (entiti Maybank Group) dan Binafikir (entiti lain dari Maybank Group) telah menasihatkan syarikat pelaburan negara 1MDB berkaitan urusan penubuhan SRC International.
Beliau juga mendakwa bahawa konflik kepentingan timbul akibat peranan Nazlan sebagai penasihat umum kepada Maybank pada ketika itu.
Permohonan semakan Najib juga mensasarkan tiga keputusan lain oleh sidang hakim Mahkamah Persekutuan sebelumn ini.
Keputusan itu berkaitan penolakan Mahkamah Persekutuan untuk Najib mengemukakan bukti tambahan dalam mengukuhkan tuduhan terhadap Nazlan; menolak permohonan Najib untuk menangguhkan pendengaran rayuan; dan menafikan permohonannya untuk menggugurkan Tengku Maimun dalam mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan atas dakwaan konflik kepentingan.
Semoga permohonan Semakan Kehakiman akan berjalan dengan lancar dan Najib mendapat perbicaraan yang adil.
You must be logged in to post a comment.