UPTM ganti KUPTM
UPTM ganti KUPTM
Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM) melakar sejarah baharu apabila diiktiraf sebagai universiti penuh dan kini dikenali sebagai Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).
Pengiktirafan itu diterima pada 6 Januari lalu daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sekali gus menjadi sebagai sebuah institusi pendidikan Mara kedua bertaraf universiti penuh.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, pengiktirafan itu akan memacu UPTM ke arah membangunkan modal insan yang mahir dan profesional terutama dalam bidang perniagaan, perakaunan, pendidikan dan teknologi maklumat.
“UPTM menawarkan program pengajian berkualiti yang mendapat permintaan tinggi dan sentiasa relevan dengan keperluan industri.
“Kini UPTM menawarkan program akademik dari peringkat asasi hingga peringkat Doktor Falsafah dan menawarkan 28 program akademik iaitu dua program Ijazah Doktor Falsafah, lima program Ijazah Sarjana, 12 program Ijazah Sarjana Muda, dua program perakaunan profesional, empat program Diploma dan tiga program asasi,” katanya di majlis Pemasyhuran UPTM di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pengarah Mara Datuk Seri Azhar Abdul Manaf, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mara Corporation Datuk Julainie Mohd Salleh dan Naib Canselor UPTM Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman.
Sementara itu, Prof Dr Abdul Rahim berkata, dalam tempoh lima tahun UPTM melihat penyelidikan menjadi asas penting terutama membabitkan pembangunan komuniti serta inovasi sosial terutama di luar bandar.
“Dalam tempoh lima tahun ini juga kami memberi tumpuan kepada kebolehpasaran graduan.
“Tahun lalu, kebolehpasaran graduan UPTM 86 peratus. Tahun ini meningkat 90 peratus.
“Kami sasarkan dapat mencapai 95 peratus pada tahun depan atau 2025. Kebolehpasaran graduan ini tidak mudah kerana kita perlu memastikan pelajar diterima di pasaran menerusi program akademik yang relevan,” katanya.
Jelasnya lagi, fokus program di UPTM adalah program perakaunan dan profesional yang sudah bertapak lebih 10 tahun dan meraih anugerah emas.
UPTM juga ingin membina program profesional perakaunan kerana Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) sudah lebih sepuluh tahun dan kini bertaraf gold.
“Kami ingin tingkatkan penarafan ACCA ini ke platinum dan ia memerlukan penambahbaikan dari segi kemudahan dan pengambilan pelajar,” katanya.
Katanya, UPTM juga berhasrat untuk menarik minat pelajar antarabangsa bagi melanjutkan pelajaran bukan sahaja dalam bidang sarjana muda, malah Sarjana dan Doktor Falsafah terutama dari rantau Asean.
“Ia sejajar dengan syarat ditetapkan KPT supaya universiti yang berdaftar mempunyai sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar asing.
“Kami menyasarkan dalam tempoh satu hingga lima tahun ini,” katanya.
Tambahan, UPTM buat kali pertama mengambil pensyarah antarabangsa dan universiti itu sudah pun merekrut tenaga pengajar profesional berkenaan.
Pada majlis sama, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPTM Nur Najwa Mohd Shaipudin berkata, dia berasa bangga dengan pencapaian UPTM memandangkan proses menaik taraf status dari kolej ke universiti bukan perkara yang mudah dan mengambil masa singkat.
“Saya juga bersyukur kerana dapat melanjutkan pengajian di sini dan ia keputusan yang tepat bersesuaian kredibiliti pensyarah, pihak pengurusan dan kemudahan universiti amat baik,” katanya. HM
UPTM ganti KUPTM
Baca Artikel Menarik:
- Gelombang Abah lebih besar dari Reformasi PKR – Takiyuddin
- Hadi langgar larangan kuliah di masjid
- Wan Fayhsal pertahan ‘rancang rampas kerajaan’ Hadi
- Syarikat, individu terlibat dalam perbicaraan Muhyiddin
- Ustaz Zainul Asri minta maaf
- 1MDB, Roger Ng dijatuhi hukuman penjara 10 tahun
- Muhyiddin akan didakwa lagi pada Isnin – Peja
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Kerajaan tak menindas negeri pembangkang, malah tambah peruntukan – Anwar
- Lapangan Terbang Kulim: Syed Mokhtar kata maaf, belum sedia ambil projek – Anwar
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Hamzah sibuk hal UMNO
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]
Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.