1MDB tidak mufliskan Malaysia sebaliknya jana keuntungan besar

kerajaan bakal menerima LEBIHAN sebanyak RM43.5b ke RM51.5b dari 1MDB

Oleh Norzahira

1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) mampu mengubah ekonomi negara menjadi lebih baik dan pada masa yang sama menghalang kroni-kroni dari bermaharajalela “menghisap darah” rakyat. Perkara tersebut menjadi punca cetuskan gerakan memfitnah dan mengkambing hitamkan 1MDB serta membenamkan musuh politik Mahathir dan Muhyiddin.

Kebenaran tidak mungkin dapat disorokkan selama-lamanya. Akhirnya terbongkar fakta bahawa 1MDB tidak mufliskan Malaysia sebaliknya ia telah dan akan menjana keuntungan besar bagi Malaysia. Hebat sungguh Datuk Seri Najib Tun Razak. Atas sebab tersebut, Najib menjadi mangsa penganiayaan politik dan pendakwaan terpilih.



Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan bahawa keseluruhan jumlah hutang dan faedah 1MDB sampai ke tahun 2039 ialah RM53.5 bilion di mana RM43.8 bilion sudah diselesaikan.

Ahmad Maslan juga memaklumkan bahawa kerajaan juga sudah mendapatkan semula RM33.6 bilion aset 1MDB dan RM8 bilion daripada penyelesaian dengan firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC).

Memetik sumber penganalisis politik yang menggunakan kadar keuntungan cuma 20% bagi projek Bandar Malaysia bernilai RM140b dan TRX bernilai RM40b, kerajaan bakal menerima LEBIHAN sebanyak RM43.5b ke RM51.5b dari 1MDB.

Itupun jika kita tidak ambil kira kenaikan harga tanah sehingga tahun 2039 bagi kesemua tanah-tanah milik 1MDB yang masih dipegang kerajaan.



Ini juga belum ambil kira penjimatan sekitar RM15b setahun bagi subsidi gas PETRONAS dan TNB sejak tahun 2012 selepas 1MDB bantu menyelesaikan perjanjian-perjanjian IPP swasta berat sebelah tinggalan Mahathir.

Najib telah menyediakan pelan ekonomi yang hebat untuk negara kita. Hanya beliau yang mampu membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi yang membebankan rakyat sejak PRU14.

Pemimpin lain seperti Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri hanya tahu memburukkan lagi keadaan. Rakyat menjadi mangsa kerakusan dan keserakahan nafsu tamak haloba merompak dana negara.

No photo description available.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker