MP PKR pertahan tindakan Hadi terus larangan kuliah di Masjid

MP PKR pertahan tindakan Hadi terus larangan kuliah di Masjid

Tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang meneruskan ceramah di masjid, yang dilihat bertentangan dengan institusi diraja, mendapat sokongan daripada ahli parlimen PKR Hassan Karim.

Hadi sebelum ini tetap meneruskan rutinnya menyampaikan kuliah di Masjid Rusila di Marang, Terengganu, walaupun setelah larangan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu.

Dia sebelum itu berkata tiada salahnya untuk ahli politik menyampaikan kuliah di masjid atau surau dan malah menegaskan mereka mempunyai kewajipan untuk bersuara dalam pelbagai perkara termasuk politik.

Mengulas perkara itu, Hassan berpandangan adalah demokratik untuk orang Islam mendengar ajaran Islam yang disampaikan di luar kalangan imam atau penceramah rasmi.

“Sekurang-kurangnya ada orang yang berani mencabar,” kata ahli parlimen Pasir Gudang itu dalam forum politik anjuran Gerak Budaya dan dikendalikan pengarahnya Chong Tong Sin.

Hassan berkata ini dengan syarat pihak yang memberi kuliah itu tidak menggunakan masjid untuk propaganda politiknya.

Dia berkata tiada sesiapa pun, termasuk istana atau mana-mana parti politik, yang boleh memonopoli perkara berkaitan Islam.

Katanya, semua pihak perlu menerima bahawa wujudnya sistem feudal di Malaysia, tapi pada masa sama institusi diraja tidak boleh dibenarkan “mengawal semuanya”.

Larangan terhadap semua ahli politik, termasuk ahli parlimen, Adun dan senator, daripada menyampaikan kuliah atau khutbah di semua masjid dan surau di seluruh Terengganu berkuat kuasa pada 2 Mac lalu.

Larangan itu dikeluarkan selepas Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dukacita apabila ada ahli politik mengajar agama atau menjadi khatib dan imam solat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Pengecualian diberikan kepada pemegang tauliah mengajar atau dengan kebenaran daripada Maidam.

Menurut semakan di data.gov.my, setakat 4 Mac lalu, Hadi tidak berdaftar sebagai penceramah bertauliah di Terengganu.

Sebelum ini, Hadi meramalkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi.

Ditanya jika usaha gabungannya untuk merampas kerajaan mencabar titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kestabilan politik, Hadi berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, titah tersebut bukanlah penghalang kepada perubahan kerajaan. Mk

MP PKR pertahan tindakan Hadi terus larangan kuliah di Masjid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker