Juruteknik ditemui lemas selepas terjatuh sungai
Juruteknik ditemui lemas selepas terjatuh sungai

KUCHING: Juruteknik pendawaian elektrik yang hilang selepas terjatuh sungai Batang Igan di Kampung Bungan Kecil, dalam Bahagian Mukah, Rabu lalu ditemui lemas, malam tadi.
Mayat Saffuan Zaffari, 30, ditemui terapung jam 7.35 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Mukah.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Rabu lalu, bot yang dinaiki mangsa dikatakan terlanggar kayu hanyut.
Kejadian menyebabkan mangsa tercampak daripada bot sebelum tenggelam di sungai Batang Igan.
Juruteknik ditemui lemas selepas terjatuh sungai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mungkinkah Lim Guan Eng Akan Terheret Sama Dalam Siasatan Ke Atas MBI Group?
You must be logged in to post a comment.