Anwar kemuka usul bahas pendedahan Tim Leissner di Dewan Rakyat

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun untuk membahaskan pendedahan Tim Leissner mengenai pembabitan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Isnin.

Tegas Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, isu berkenaan memerlukan perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat kerana melibatkan kepentingan orang ramai.

“Saya telah mengemukakan suatu usul kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat seperti berikut:

“Bahawa Dewan yang bersidang pada hari ini membincangkan pembongkaran melalui keterangan mantan Pengerusi Goldman Sachs Group Inc Asia Tenggara, Tim Leissner di Mahkamah Amerika Syarikat mengenai amalanrasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan institusi Malaysia khasnya BNM rentetan daripada skandal 1MDB,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, perbahasan usul itu perlu disegerakan kerana pembongkaran kes terkini terdedah ke peringkat antarabangsa dan memerlukan penjelasan segera kerajaan.

Ini kerana katanya, ia berikutan kegagalan agensi penguat kuasa negara khasnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan, menyiasat dan mendakwa mana-mana warganegara Malaysia jika terbabit dalam apa-apa kesalahan transaksi kewangan tersebut.

Leissner menjadi menjadi saksi utama dalam perbicaraan jenayah bersubahat membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, Roger Ng, yang juga bekas rakan kongsinya.

Dalam keterangannya seperti dilaporkan media, Leissner memberitahu mahkamah bahawa BNM meluluskan pemindahan pertukaran asing sebanyak AS$1 bilion semalaman (overnight) daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI) selepas suami kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Tawfiq Ayman didakwa disogok untuk membolehkan perkara itu berlaku (‘make it happen’).

Perbicaraan di Mahkamah New York pada Isnin itu turut mendedahkan berkaitan pembelian sebuah rumah di London pada 2013 untuk kekasihnya yang juga seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media bernilai RM41.8 juta.

Anwar kemuka usul bahas pendedahan Tim Leissner di Dewan Rakyat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Empat Sekeluarga Maut, Nahas 2 Kenderaan Kemalangan Di Lebuhraya Sultan Iskandar [VIDEO]

Fitnah keji, Zahid telah hantar surat saman pada Mahathir dan Muhyiddin

Zul Yahya bodohkan KJ (Video)

PRN Johor: Pengundi Cina Mula Tinggalkan DAP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker