Nurul gagal di Bagan Datuk, cemerlang di pusat

Nurul gagal di Bagan Datuk, cemerlang di pusat

Anak sulung kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, Nurulhidayah gagal dalam usahanya untuk merebut jawatan ketua wanita itu di bahagian Bagan Datuk.

Perkembangan itu berlaku ketika Nurulhidayah menunjukkan pencapaian memberangsangkan di peringkat pusat apabila dia diyakini mampu menempatkan dirinya sebagai salah seorang exco Wanita Umno Malaysia.

Setakat ini Nurulhidayah berada dalam kedudukan kelompok lima teratas bagi jawatan berkenaan.

Menurut sumber Umno, di Bagan Datuk – yang diketuai Ahmad Zahid – Nurulhidayah gagal mengetepikan penyandang jawatan ketua Wanta Umno di situ, Zarozatin Isa.

“Ya Kak Long (Nurulhidayah) tewas dalam merebut jawatan ketua Wanita Bagan Datuk,” katanya kepada Malaysiakini.

Ahmad Zahid mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian tanpa dicabar mana-mana pihak.

Pemilihan bagi sayap parti Umno itu berlangsung semalam.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan jawatan Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datuk pula dimenangi Zainab Samsudin.

Jawatan ketua Pemuda Umno di situ pula menyaksikan muka baru, Muhammad Nabil Saleh, diangkat perwakilan, manakala Naib Ketua Pemuda bahagian dimenangi Mohd Izlahudin Shawani Mohd Nordin.

Bagi jawatan Ketua Puteri Umno Bagan Datuk, ia dimenangi Nurul Salina Mohamad manakala Nurul Azura Ramli pula sebagai naib ketuanya. Mk

Nurul gagal di Bagan Datuk, cemerlang di pusat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker