Malaysia dilanda ‘pesta kezaliman’, proses penghakiman ‘mi segera’ – Hadi

Malaysia dilanda ‘pesta kezaliman’, proses penghakiman ‘mi segera’ – Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa “pesta kezaliman” sedang berlaku dan ia perlu dicegah demi menyelamatkan negara ini.

Beliau mendakwa, tindakan mengheret individu ke mahkamah “dilakukan sewenang-wenangnya” kerana hanya mengeluarkan kenyataan media, selain menggambarkan proses penghakiman seperti “mi segera”.



“Pesta kezaliman sedang berlaku wajib kita cegah dan perkara ini berpunca daripada melantik kerajaan yang salah serta pemimpin yang salah.

“Buat kenyataan media, sikit-sikit nak heret ke mahkamah, tidak boleh macam itu kita kena ikut proses yang betul, bukan secara mi segera” katanya dalam Ceramah Perdana Solidariti Menentang Kezaliman di Markas PAS Pusat, Taman Melewar.

Sehubungan itu, Hadi mahu kepercayaan diberikan kepada kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri di enam negeri – Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang.

“Untuk ambil alih negeri-negeri ini, insya-Allah kita akan buktikan apa yang kita nak buat. Kita tak gopoh, dan kita sedar bahawa Allah Taala tidak sia siakan orang yang dizalimi,” tambahnya.



Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PN Azmin Ali, berkata tidak ada salahnya untuk menukar kerajaan daripada melihat “kezaliman” dilakukan kepimpinan sekarang terutama terhadap Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Dakwanya, kerajaan hari ini berada dalam keadaan cukup cemas susulan kemarahan rakyat yang meluap terhadap Pakatan Harapan, selain momentum penolakan pada PRU15.

“Beliau (Muhyiddin Yassin) dituduh, diheret ke mahkamah kerana inilah insan yang telah melancarkan gerakan massa bersama-sama dengan PAS dan Gerakan atas nama PN.

“Sehingga dalam PRU15, kita berjaya menang dengan bergaya dan mendapat sokongan yang besar daripada rakyat Malaysia,” katanya. FMT



Malaysia dilanda ‘pesta kezaliman’, proses penghakiman ‘mi segera’ – Hadi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]



Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker