Noraini kekal sebagai Ketua Wanita

Noraini kekal sebagai Ketua Wanita

Datuk Dr Noraini Ahmad dijangka mempertahan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO selepas menggagalkan kemunculan semula pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dalam saingan sengit pemilihan sayap yang berlangsung semalam (Sabtu).

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima awal pagi ini, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong itu memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian yang terbabit dalam pemilihan di seluruh negara.



Saingan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO pada pemilihan kali ini, menyaksikan kedua-dua pemimpin terbabit saling kejar mengejar dalam jumlah undi yang diterima mereka daripada peringkat bahagian.

Shahrizat, 70, yang bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO pada 2018, memutuskan kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi. BH

Noraini kekal sebagai Ketua Wanita

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker