Noraini di depan Shahrizat

Noraini di depan Shahrizat

Penyandang kerusi Ketua Wanita, Noraini Ahmad mendahului dengan meraih 40 undi setakat ini.

Sementara itu, pencabarnya Shahrizat Jalil yang pernah menerajui Wanita Umno memperoleh 26 undi berdasarkan keputusan yang disiarkan parti itu setakat jam 10.30 malam ini.

Bagi saingan merebut ketua Puterui Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi setakat ini mendahului pencabar yang lain.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang disiarkan Umno, Nurul Amal memperoleh 52 undi setakat jam 10.30 malam ini.

Nurul Amal dicabar Dira Abu Zahar yang sehingga kini memperoleh 25 undi.

Perebutan jawatan ketua Puteri yang ditinggalkan Zahid Zarikh Khan menyaksikan pertembungan enam penjuru.

Selain Nurul Amal dan Dira Lima lagi calon turut merebut jawatan berkenaan iaitu, Ketua Puteri Umno Bahagian Lembah Pantai, Dr Masliha Harun; Setiausaha Puteri Umno, Nurul Hazwani Haslan, Exco Puteri Umno, Fadhwa Anuar dan Ketua Puteri Umno Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin.

Anak kepada ahli Parlimen Bersatu, Ikmal Hisham Abdul Aziz iaitu Ikmal Hazlan mendahului saingan merebut jawatan naib ketua Pemuda Umno.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diberikan sumber Umno, Ikmal Hazlan sehingga kini mendahului dengan 57 undi. Mk

Noraini di depan Shahrizat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker