Dr Akmal kini janji had usia Ketua Pemuda UMNO kepada 40 tahun

Dr Akmal kini janji had usia Ketua Pemuda UMNO kepada 40 tahun

Dr Muhamad Akmal Saleh yang meraih majoriti besar dalam saingan sebagai Ketua Pemuda UMNO selepas pengundian selesai hari ini, bertekad meminda perlembagaan sayap itu untuk mengehadkan calon umur ketua pemuda kepada 40 tahun sahaja.

Ketika ini, UMNO tidak meletakkan had umur calon untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO peringkat nasional.



Dr Akmal, 34, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka, menyifatkan kemenangan beliau yang sebelum dianggap sekadar ‘underdog’ atau bukan calon pilihan, menunjukkan akar umbi UMNO mahukan perubahan dalam parti.

“Kali ini, saya sebagai calon dari akar umbi diangkat ke peringkat kepimpinan parti, ini menunjukkan ahli UMNO mahukan perubahan dalam parti,” katanya kepada wartawan di perkarangan Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Ditanya sama ada Pemuda UMNO akan lebih lantang bersuara menegur kepimpinan parti, Dr Akmal berkata, sudah tentu teguran kepada kepimpinan parti perlu disertakan mengikut adab yang betul.

“Sudah tentu Pemuda akan menegur, yang betul tetap betul, yang salah akan diperbetulkan namun setiap teguran mestilah beradab dan kena caranya,” katanya.



Dr Akmal dilaporkan menang selesa dengan memperoleh 105 undian setakat 12 tengah malam ini. BH

Dr Akmal kini janji had usia Ketua Pemuda UMNO kepada 40 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]



Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker