KP SPRM, peguam negara dilantik oleh Muhyiddin, jadi pendakwaan terpilih apa?

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim mengingatkan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dan Peguam Negara Idrus Harun dilantik ke jawatan masing-masing ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Justeru, Hassan berkata dia yakin tidak wujud unsur pendakwaan politik mahupun terpilih terhadap Muhyiddin, yang kini berdepan enam pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

“Saya setuju dengan kenyataan media SPRM dan peguam negara bahawa tidak wujud pendakwaan terpilih atau pendakwaan politik untuk sengaja menzalimi ahli politik, pemimpin tertentu.

“Dua ketua agensi kerajaan ini dilantik oleh perdana menteri kelapan, iaitu ahli parlimen Pagoh.

“Kita perlu menjaga imej dua agensi terpenting pelaksanaan undang-undang ini, iaitu SPRM dan Pejabat Peguam Negara (AGC),” katanya menerusi siaran langsung di Facebook hari ini.

Semalam, Muhyiddin dihadapkan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Susulan itu, sejumlah pemimpin PN menyifatkan pertuduhan itu sebagai berniat melemahkan Bersatu dan PN.

Sebelum ini, dua pemimpin Bersatu turut dihadapkan dengan pertuduhan rasuah berkaitan program Jana Wibawa, iaitu bekas ketua penerangan Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad.

SPRM dan AGC telah menafikan wujud campur tangan dalam siasatan berkaitan program itu.

Semak dan imbang

Hassan turut menggesa mana-mana pihak yang telah didakwa agar “berlapang dada” dan dengan tidak mudah menganggap mereka sebagai mangsa pendakwaan terpilih atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu menzalimi mereka.

“Saya percaya bukan itu tujuannya dan negara kita ini, bukan perdana menteri atau menteri kewangan yang boleh bermaharajalela.

“Kuasa yang ada pada perdana menteri akan disemak, diimbang dan diperiksa oleh semua rakyat, termasuk ahli-ahli parlimen kerajaan.

“Kita tidak akan membiarkan perdana menteri menzalimi sesiapa tetapi kalau dia melakukan usaha memerangi rasuah, menjaga ekonomi negara, selamatkan wang rakyat, tentulah kita perlu sokong dia,” katanya lagi.

Hassan memang dikenali sebagai lantang menyuarakan pandangannya, termasuk mengkritik Anwar yang juga presiden kepada parti yang dianggotainya, iaitu PKR.

Bekas pengerusi PKR Johor itu juga membangkitkan ramai lagi ahli politik yang telah didakwa dengan pertuduhan rasuah di mahkamah, termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

‘Kalah tidak sekarang, bila lagi?’

Dia mengingatkan individu yang berdepan dakwaan mahkamah belum bersalah sehinggalah disabitkan di mahkamah dan semua pihak perlu yakin dengan integriti para hakim.

“Saya menyeru agar kita beri ruang keluhuran undang-undang berjalan tanpa diganggu.”

Dengan beban hutang yang ditanggung negara kini kira-kira RM1.2 trilion serta masalah ketirisan, sudah menjadi tugasnya dan ahli parlimen lain untuk menyokong usaha Anwar dalam membanteras rasuah.

“Saya menyokong memang patut perdana menteri melancarkan satu usaha membanteras rasuah.

“Kalau tidak sekarang, bila lagi? Setakat cakap manifesto tak cukup. Pelaksanaan perlu ada,” katanya lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker