Tauliah Ustaz Wadi Annuar, ‘Bukan halang atau susahkan aktiviti belajar agama’

 

SHAH ALAM – Keperluan tauliah mengajar bukan bertujuan menghalang atau menyusahkan aktiviti pembelajaran agama, sebaliknya merupakan langkah pencegahan bagi memenuhi maqasid syariah dalam aspek memelihara agama Islam (hifz ad din).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika menyampaikan khutbah Jumaat berkata, ia juga bertujuan mengelakkan individu yang tidak mempunyai kredibiliti menyampaikan syarahan agama kepada orang ramai.

Jelasnya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, perkara itu adalah selari dengan apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat.

“Hadiri sekalian, meskipun kita nampak ia merupakan perkara yang remeh, namun ia mesti dipandang serius kerana berapa banyak di luar sana ajaran sesat yang telah berkembang luas.

“Pengalaman saya ketika menjadi mufti dahulu, saya pernah menguruskan banyak kes melibatkan ajaran sesat ini. Ada kes yang mana seorang individu itu mengaku sebagai imam mahdi.

“Yang hairannya, ada orang yang menjadi pengikutnya,” katanya dalam khutbah bertajuk ‘Kenapa Tauliah Mengajar Satu Keperluan?’ di surau Kumpulan Karangkraf di sini pada Jumaat.

Justeru, Zulkifli mengingatkan bahawa kebenaran tauliah yang telah ditetapkan menerusi sistem perundangan sedia ada tidak perlu menjadi satu isu kerana ia bertujuan menutup sebarang anasir berbahaya terhadap kefahaman umat Islam di negara ini.

Sebelum ini, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan bahawa penceramah yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam di negeri tersebut perlu memiliki tauliah.

Tauliah berkenaan meliputi masjid dan surau serta di mana-mana tempat dalam Johor, selaras dengan Seksyen 118 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker