Mandul kucing tanpa bius, 3 lelaki didenda

Mandul kucing tanpa bius, 3 lelaki didenda

Perbuatan kejam tiga warga Vietnam yang memandulkan kucing tanpa bius menerima padah apabila mereka didenda oleh Mahkamah Daerah Gwangju, Korea Selatan

Mereka dikatakan merakam proses pemandulan haiwan terbabit, lapor The Korea Herald.

Bukan itu saja, rakaman video itu kemudian disiarkan secara dalam talian.

Menurut laporan, seorang daripada individu itu memandulkan seekor kucing jantan tanpa bius.

Dua lagi rakannya melihat proses berkenaan yang dilakukan di sebuah rumah di Gwangju, pada Januari tahun lalu.

Tiada seorang pun daripada individu terbabit adalah doktor haiwan berlesen.

Akibat perbuatan itu, Mahkamah Daerah Gwangju mendapati ketiga-tiga mereka bersalah kerana melanggar Akta Perlindungan Haiwan.

Mereka masing-masing didenda 2 juta won (kira-kira RM6,800), 1 juta won (kira-kira RM3,400) dan 700,000 won (kira-kira RM2,400).

Mahkamah berkata bahawa keputusan itu menggambarkan bahawa individu terbabit tidak melakukan perbuatan itu untuk tujuan penderaan haiwan.

Malah, kucing berkenaan juga berada dalam keadaan sihat. HM

Mandul kucing tanpa bius, 3 lelaki didenda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker