Adun BN tidak bermusuhan dengan Adun DAP di Melaka

Adun BN tidak bermusuhan dengan Adun DAP di Melaka

Seorang Adun Barisan Nasional (BN) menafikan adanya permusuhan antara gabungan itu dengan DAP di Melaka walaupun kedua-duanya pernah bertelagah sebelum ini.

Noor Helmy Abdul Halim berkata, DAP hanya memainkan peranannya sebagai pembangkang namun ia mungkin kurang agresif dan mengelak daripada “membuat kecoh” mengenai isu kecil.

“Saya tidak fikir ada permusuhan antara DAP dan BN di Melaka.

“Mereka bertindak seperti pembangkang menentang segala-galanya,” kata Adun Duyong itu kepada FMT, sambil menambah, penting bagi kedua-dua pihak mengetepikan perbezaan kerana mereka kini sebahagian daripada kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Helmy berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook supaya pemimpin parti mengubah pendekatan ketika berurusan dengan kerajaan negeri pimpinan BN.

Loke berkata, pemimpin parti negeri perlu membuat tindakan membina dalam menyediakan semak dan imbang.

Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, berkata pasukannya mula bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan Umno dan mengakui hubungan baik antara beliau dan dua Adun parti itu dalam kawasannya.

“Saya membawa dua Adun DAP bertemu dengan seorang exco dan kami berbincang bagaimana kami boleh membantu menyelesaikan isu dihadapi orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, walaupun kepimpinan DAP di peringkat nasional bekerjasama baik dengan BN, namun mengakui perlu mengambil sedikit masa untuk memperbaiki hubungan di peringkat akar umbi.

“Sebagai pemimpin negeri, kita akan memainkan peranan dalam memastikan hubungan dalam kerajaan perpaduan kekal untuk lima tahun akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha DAP Melaka, Allex Seah, berkata beliau bekerjasama dengan rakan sejawatannya daripada BN sejak 2018 terutama ketika banjir melanda Taman Merdeka.

Seah berkata, tegurannya terhadap kerajaan negeri sentiasa berdasarkan fakta bukan emosi.

Beliau bersetuju bahawa pendekatan berbeza diperlukan memandangkan kerajaan negeri yang “lebih mesra”.

“Kita bukan selalunya membangkang tetapi kita harus bercakap mengenai isu,” katanya. FMT

Adun BN tidak bermusuhan dengan Adun DAP di Melaka

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah

Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker