Ibu Shuib kena kecam netizen kerana ‘backup’ anak

Ibu Shuib kena kecam netizen kerana ‘backup’ anak

Tindakan membela nasib Shuib berhubung isu Sepahtu Reunion Live (SRL) meletakkan ibu kandung pelawak juga usahawan itu, Salamiah Jalani menjadi sasaran kecaman netizen.

Rata-rata melihat perkongsian wanita itu sebagai campur tangan yang tidak perlu, selain didakwa menyulitkan dan memanjangkan lagi isu dalaman antara anggota kumpulan pelawak popular terbabit.

Malah dalam kalangan netizen meluahkan pendapat bahawa pelawak merangkap ahli perniagaan itu juga sudah cukup dewasa untuk menguruskan kerjaya dan masalah sendiri.

“Bagi saya seorang emak tak perlu campur tangan terutama perihal kerja. Zaman ‘backup’ dah tak relevan, lagipun anak dah tua bangka,” kata seorang warga net.

“Tapi anak awak dah tua, bukan budak sekolah. Jadi profesional. Daripada kawan tu boleh berbaik, terus bermasam muka sebab mak masuk campur,” tambah pengguna akaun lain.

“Keluarga tak perlu masuk campur urusan kerja anak atau masalah terutama dalam dunia seni. Tengok macam keluarga Puteri Sarah, tak puas hati pergi mahkamah teru ups,” ujar pemilik akaun lovetaclancy.

Situasi itu tercetus selepas Salamiah mendedahkan Shuib sering ditindas dan diperlakukam seperti insan tidak bermaruah menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Wanita berkenaan turut menyatakan memberi sokongan terhadap keputusan anaknya untuk tidak terlibat lagi dengan program terbitan stesen televisyen berbayar tersebut.

Sebelum itu, teman seperjuangan dalam Sepahtu, Jep mengatakan persahabatan mereka berdua akan terus berkekalnan walaupun mereka tidak lagi bekerjasama.

Persoalan mengenai status Shuib dalam kumpulan lawak berkenaan diperkatakan selepas selebriti berusia 38 itu menyertai Ubi Superstar Live, baru-baru ini hingga ada penonton memintanya membuang nama Sepahtu. K Online

Ibu Shuib kena kecam netizen kerana ‘backup’ anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker