Hamzah nafi SPRM panggilnya

Hamzah nafi SPRM panggilnya

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin menepis spekulasi serta menegaskan bahawa tiada sebab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu memanggilnya untuk siasatan.

“Hentikan spekulasi tidak berasas. Tiada sebab saya hendak dipanggil SPRM,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi BERSATU, di sini, hari ini.

Beliau sekali gus menekankan, pendakwaan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini, mengukuhkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli dan perwakilan.

“Sesiapa pun yang didakwa, parti ini akan tetap menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran, bukan dikira siapa bakal didakwa… sesiapapun yang didakwa secara salah, kami akan pertahankan,” katanya.

Pagi tadi, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan, membabitkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi. BH

Hamzah nafi SPRM panggilnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]

Lelaki beri anjing makan roti sapu mentega cuit hati orang ramai [VIDEO]

Pengarah Mentega Terbang menghadap Bukit Aman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker