Kesatuan bank tak setuju cagar wang KWSP

Kesatuan bank tak setuju cagar wang KWSP

Kesatuan Pekerja Bank Sarawak (SBEU) menyifatkan pencarum berdepan risiko dibeban kadar faedah tinggi, selain kesanggupan bank mengeluarkan pinjaman, jika cagaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andrew Lo, berkata cadangan dikemukakan kerajaan bagi membenarkan cagaran KWSP untuk mendapatkan pinjaman bank dibuat tanpa penelitian sewajarnya.



Katanya, skim caruman KWSP dilindungi Akta KWSP antara lain melindungi dana itu daripada kebankrapan, jika pencarum tidak mampu membayar hutang.

“Adakah bank bersedia memberi pinjam kepada mereka yang mahu menjadikan caruman mereka sebagai cagaran?

“Memandangkan skim (cagaran) itu dikatakan bagi golongan terdesak bagi mendapatkan pinjaman, bukankah meletakkan mereka pada kedudukan paling berisiko tidak dapat melunaskan hutang?” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman mereka sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan.



Kaedah itu boleh ditawarkan kepada pencarum KWSP yang terdesak untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

“Pada prinsipnya, saya tidak setuju pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat.

“Bagaimanapun, saya akan pastikan KWSP memberikan ruang bagi pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak untuk pinjam daripada bank dengan kolateral atau jaminan cagaran daripada wang KWSP,” katanya menurut Bernama.

Mengulas lanjut Lo berkata, pencarum juga dijangka dikenakan kadar faedah tinggi, melebihi kadar dividen KWSP sendiri.



“Jadi, pencarum berdepan pula kedudukan buruk kewangan mereka,” katanya.

“Selain itu, kadar hutang isi rumah sudah mencapai tahap membimbangkan”.

Beliau berkata, sebahagian besar pendapatan sudah diperuntukkan bagi melunaskan komitmen bulanan melibatkan rumah, kenderaan dan pinjaman lain.

Hari ini, KWSP dalam kenyataan berkata, pihaknya sedang menilai dan memperincikan pelaksanaan kemudahan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahlinya untuk dijadikan cagaran membuat pinjaman peribadi bagi mereka yang memerlukan bantuan tunai.



“KWSP ambil maklum perkembangan ini dan akan mempertimbangkan semua faktor relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar. Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan KWSP pada masa akan datang,” katanya. FMT

Kesatuan bank tak setuju cagar wang KWSP

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pulanglah ke pangkal jalan Sol – Ibu

Sudah terlambat Sol – Puteri Sarah



Syamsul Saja Nak ‘Torture’ Mental Puteri Sarah?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker