Sanusi ketawakan usul DUN Pulau Pinang untuk mengecamnya

Sanusi ketawakan usul DUN Pulau Pinang untuk mengecamnya

Sanusi Md Nor mentertawakan usul DUN Pulau Pinang untuk mengecamnya berhubung dakwaan negeri itu milik Kedah.

Menteri besar Kedah itu berkata usul itu tidak ada kaitan dengan sesiapa termasuk dirinya.

“Kalau dia (Lim Guan Eng) dengan sejarah Pulau Pinang versi dia yang dinafikan sebagai sebahagian daripada Kedah, dia tak perlu melompat pun, apa lagi sampai perlu bawa usul dalam DUN,” katanya.

Lim, bekas ketua menteri, membentangkan usul itu semalam.

“Sejarah tidak boleh dipadam dan ditulis ikut suka hati,” kata Sanusi lagi.

Lim membentangkan usul untuk mengecam Sanusi kerana berulang kali mempersoalkan kedaulatan Pulau Pinang dan secara tidak langsung mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri anggota dalam persekutuan.

Lim berkata Sanusi berulang kali mempersoalkan kedaulatan Pulau Pinang termasuk dalam ucapan terbaharunya yang mendakwa “Pulau Pinang satu-satunya negeri yang kedaulatannya diragui”.

Petang tadi, Sanusi berkata tiba masanya membentangkan versi sejarah tepat berkaitan kedaulatan Pulau Pinang, sambil menambah era di mana sejarah ditentukan penjajah telah berakhir.

“Ini zaman kita ungkapkan apa yang benar untuk perjalanan generasi akan datang tahu hakikat sebenar,” katanya walaupun tidak menjelaskan secara spesifik.

Dalam perkembangan berasingan, menjawab dakwaan beliau “taksub dengan duit”, Sanusi berkata tidak ada salahnya beliau mendesak Pulau Pinang membayar RM100 juta setahun sebagai bayaran pajakan kepada Kedah.

“Ada orang kata saya nak duit percuma. Ya, kalau dapat apa salahnya dan bukan untuk diri saya…untuk 2.2 juta rakyat Kedah.”

Pulau Pinang dan Province Wellesley (kini Seberang Perai) dipajakkan kesultanan Kedah kepada British pada 1791 pada harga 10,000 dolar Sepanyol.

Catatan sejarah menyatakan Syarikat Hindia Timur akhirnya memperoleh tanah itu daripada Sultan Kedah, sebagai balasan untuk perlindungan ketenteraan dan bayaran tahunan selama-lamanya.

Bayaran tahunan, kini honorarium, ditetapkan pada RM10,000 selama beberapa dekad, tetapi dinaikkan kepada RM10 juta setahun oleh Putrajaya pada 2018.

Sanusi bagaimanapun menganggap honorarium itu “bayaran pajakan” dan meminta ia dinaikkan kepada RM100 juta setahun memandangkan pendapatan dan hasil Pulau Pinang “agak baik”. FMT

Sanusi ketawakan usul DUN Pulau Pinang untuk mengecamnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker