Hishammuddin boleh cadang pinda akta kuasa Menteri Dalam Negeri di Parlimen
Hishammuddin boleh cadang pinda akta kuasa Menteri Dalam Negeri di Parlimen
“Saya tidak tahu mengenai surat tular itu, kerana yang saya dapat bertanda ‘Sulit dan Rahsia’,” demikian tegas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau mengakui tidak mengetahui isi kandungan surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang tular sejak semalam.
Menurut beliau, surat diterima adalah sah, tidak ada apa-apa kesalahan dan ia telah dipersetujui berdasarkan keputusan daripada Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini.
“Konon-kononnya yang tular itu adalah berkaitan Fasal 9.3 berkaitan pemilihan UMNO perlu dibuat tiga tahun sekali.
“Dipilih dalam UMNO ada dua kaedah sama ada bertanding atau dipilih.
“Usul tambahan yang diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak dipertandingkan pada pemilihan parti kali ini,” katanya ketika menjadi tetamu program SKOP MG.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang mendakwa UMNO telah mengheret Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menggunakan kuasanya untuk mengecualikan UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966, Ahmad berkata, perkara itu tidak wajar dipertikaikan.
“Mengapa pertikai sedangkan kuasa menteri itu ada dalam Akta Pertubuhan 1966.
“Kalau tak mahu kuasa menteri itu, pindalah akta. Datuk Hishammuddin antara salah seorang ahli Parlimen, beliau boleh cadang untuk pinda supaya menteri tak ada kuasa,” katanya.
Jelasnya, sudah menjadi tradisi UMNO jawatan Presiden tidak dipertandingkan.
“Dalam UMNO, baru ada empat kali pertandingan jawatan presiden, mula-mula pada tahun 1950an kemudian berpecah, diikuti tahun 1978 kemudian 1986-1987 ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar Datuk Seri Tengku Razaleigh Hamzah hingga UMNO berpecah menjadi Semangat 46.
“Akhir sekali pada 2018 ketika Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertanding dan menang,” jelasnya.
Tambah Ahmad lagi, Ahmad Zahid dan Mohamad Hassan perlu diberi peluang kerana baru sepenggal memenangi jawatan tersebut.
“Perwakilan tengok bukan hanya bersandar sepenggal tetapi kedua-duanya menteri, seorang timbalan perdana Menteri dan seorang lagi Menteri pertahanan.
“Ini bukan kali ini yang pertama, takkan ini pun tak sah?” ujar beliau lagi.
Tidak hanya itu, Jelas Ahmad lagi ramai Ketua Bahagian serta beberapa jawatan lain turut menang tanpa bertanding bersandarkan demokrasi dan keputusan yang dicapai itu.
“Berdasarkan surat sah daripada RoS itu, tidak ada apa yang menjadi kesalahan.
“Saya ulang, ia sulit dan rahsia. Dengarlah kenyataan rasmi, menteri KDN kata sah dan tidak ada apa-apa, maka sah, boleh jalan seperti biasa.
Terdahulu, tular sepucuk surat yang ditandatangani Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad yang menyatakan usul tambahan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO tidak dipertandingkan adalah tidak sah.
Surat itu meminta UMNO untuk membuat langkah pembetulan dan tidak mengetepikan Perlembagaan UMNO. MG
Hishammuddin boleh cadang pinda akta kuasa Menteri Dalam Negeri di Parlimen
Baca Artikel Menarik:
- Tun atau Tan Sri tak terlepas siasatan – Anwar
- Farid Kamil perli siapa tu?
- MP PAS minta maaf pada Baby Shima
- Najib lanjut pengajian pasca siswazah
- Yazmin Aziz yakin hubungan kali ini tahan lama
- Musa Hassan bagi tips buat para isteri
- Tiket konsert Hael Husaini tak laku?
- Sultan Johor kini pemegang saham kedua terbesar dalam Melaka Gateway
- Apa dah jadi dengan UMNO? – Hishammuddin
- Kenal di WeChat, terus buat ‘projek’
- Dipukul setengah mati, saya maafkan, curi wang, saya tiada kuasa maafkan – Anwar
- Malu betul Presiden dan timbalan kekal berkuasa kerana ehsan menteri PKR – Khairy
- Tayar treler terpelanting bunuh peniaga air di Setiu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]
Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis