Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Kereta yang dipandu pelajar lelaki yang membawa pelajar perempuan dalam keadaan bogel terlibat dalam kemalangan di bandar Jambi pada Jumaat lalu. – Istimewa

Seorang pelajar lelaki yang memandu sebuah kereta dengan pelajar perempuan berumur 16 tahun di tempat duduk hadapan sebelum terlibat dalam  kemalangan di bandar Jambi  Jumaat lalu, akhirnya membuat pengakuan kepada polis, lapor portal berita CNN Indonesia kelmarin.

Ketua Polis Jambi, Eko Wahyudi berkata, pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun itu menyatakan bahawa dia didatangi penduduk secara tiba-tiba ketika berdua-duaan dengan pelajar perempuan tersebut tanpa seurat benang.

Katanya, tindakan penduduk menyebabkan dia panik dan menekan pedal minyak sehingga menyebabkan keretanya melanggar tiang papan iklan dan sebuah kenderaan lain.

Eko menyatakan, polis belum mengetahui identiti orang yang diperkatakan oleh pelajar lelaki tersebut dan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan kelibat penduduk tersebut.

“Kita masih menyelidiki (menyiasat). Kita memeriksa CCTV di sekitar lokasi, tidak ada (penduduk yang dimaksudkan pelajar tersebut). Kemudian kondisinya gelap,” ujarnya.

Beliau berkata, pelajar lelaki tersebut didapati tidak mempunyai lesen memandu dan kereta yang dipandunya itu ditahan polis.

Pada Jumaat lalu, seorang pelajar perempuan dilihat keluar dari kereta tersebut sebelum meminta kain daripada pemilik kenderaan lain yang dilanggar bagi membolehkannya pergi ke hospital kerana kakinya patah dalam kejadian tersebut. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker