Speakar ‘naik angin’, Awang Hashim dihalau keluar dewan

Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul terpaksa meninggikan suara beliau setelah mengarahkan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) untuk keluar dewan selama dua hari bermula hari ini.

Kejadian tersebut berlaku apabila Awang dilihat bangkit beberapa kali dari tempat duduknya mengganggu penggulungan mengenai Belanjawan 2023 oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

“Saya arahkan kamu untuk keluar dewan, sudah berapa kali saya suruh duduk. Saya sudah kira satu, dua dan tiga. Kamu (Pendang) tetap bangkit.



“Sila keluar, untuk dua hari sahaja sehingga esok,” jelas Johari di dewan Rakyat sebentar tadi.

Terdahulu, Johari telah memberi amaran beberapa kali kepada beliau namun, Awang tetap mencelah meskipun tidak diberikan kebenaran untuk berbuat demikian oleh menteri terbabit.

Tindakan Awang itu tidak disenangi oleh Rafizi yang kemudiannya berkata jika Awang hendak jadi ‘badut’ dengan bersikap sedemikian dia boleh melakukannya kepada menteri lain dan bukan ketika beliau membuat penggulungan.

Apa yang diperkatakan oleh Rafizi itu mendapat bantahan daripada Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menggesa agar Rafizi menarik balik kenyataan tersebut.



Bagaimanapun, Rafizi menarik balik kata tersebut setelah Awang setuju untuk keluar dewan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone



Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker