McDonald’s lancar tiga hidangan Menu Rahmah berharga RM5

McDonald’s lancar tiga hidangan Menu Rahmah berharga RM5

Restoran khidmat segera, McDonald’s Malaysia hari ini melancarkan Menu Rahmah dalam usaha membantu meringankan beban masyarakat dalam situasi peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pihaknya menawarkan tiga pilihan menu berharga RM5 yang boleh didapati di lebih 300 cawangan restoran makanan segera itu di seluruh negara.

Beliau berkata, usaha itu menunjukkan sokongan dan komitmen pihaknya terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekali gus membantu masyarakat yang terbeban.

“Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, kita menyokong inisitiaf yang bermakna ini dan dengan pelancaran menu ini membolehkan kami menyediakan hidangan kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang untuk bersama menikmati hidangan kami pada bila-bila masa.

“Kita menawarkan burger ayam dan teh ais limau cawan kecil, bubur ayam (saiz kecil) dan teh ais limau (cawan kecil) dan McEgg juga bersama teh ais limau (cawan kecil,” katanya pada Majlis Pelancaran Menu Rahmah McDonald’s Malaysia, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Pada majlis itu juga, McDonald’s turut menyantuni anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang dengan hidangan Menu Rahmah sebagai usaha berterusan dalam menyumbang kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, Salahuddin berkata, beberapa syarikat makanan dan minuman (F&B) besar dijangka akan menyertai program Menu Rahmah pada minggu ini.

“Saya akan umumkan dua ke tiga lagi syarikat akan bersama-sama kita menjayakan Menu Rahmah dalam tempoh terdekat ini. Jadi rakyat kita akan mempunyai pelbagai pilihan sajian.

“Ketika ini juga kita sudah mempunyai sebanyak 1,152 kedai yang mempunyai Menu Rahmah dan penyertaaan McDonald’s juga menutup mulut sesetengah pihak yang mendakwa Menu Rahmah menyediakan sajian berkelas rendah dan tidak berkhasiat.

“Ada yang berkata Menu Rahmah ini berkelas rendah sebaliknya ia tidak berlaku kerana pelbagai pihak mahu bersama-sama kita dalam usaha membantu lebih ramai golongan yang memerlukan,” katanya.

Ditanya, sama ada kerajaan akan menetapkan harga siling dalam Menu Rahmah, Salahuddin berkata, perkara itu tidak akan berlaku memandangkan program ini dijayakan dengan konsep yang mudah.

“Menu Rahmah adalah konsep yang mudah dan tidak akan membebankan peniaga yang mahu turut serta. Apa yang kita bincangkan adalah harga sajian ini dibawah RM5 dan berkesan membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata, kementerian itu menafikan pemain industri F&B dipaksa untuk menyertai program Menu Rahmah, bagi membantu golongan yang memerlukan.

Beliau berkata pemain industri yang berhasrat untuk menyertai program itu perlu melalui sesi libat urus dengan pihak kementerian terlebih dahulu, sebelum menjayakan program itu.

Katanya, setiap pemain industri sememangnya sudah mempunyai keinginan untuk terbabit membantu masyarakat dan program Menu Rahmah ini memenuhi hasrat setiap daripada mereka.

“Kita tidak membuat sebarang paksaan untuk pemain industri terbabit dalam program Menu Rahmah sebaliknya ada sesi libat urus dengan kementerian.

“Sebenarnya mereka ini sudah mempunyai keinginan untuk terbabit membantu seperti McDonald’s, sebuah jenama global yang bersedia untuk bersama kita menjayakan program ini,” katanya. BH

McDonald’s lancar tiga hidangan Menu Rahmah berharga RM5

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker