Howard Lee didakwa berlagak, angkuh ketika diwawancara

Howard Lee didakwa berlagak, angkuh ketika diwawancara

Bintang DAP yang semakin bersinar, Howard Lee menerima kritikan selepas dia dikatakan memberikan jawapan dengan nada yang berlagak dan angkuh ketika diwawancara mengenai sistem penjagaan kesihatan awam.

Kritikan bertubi-tubi menyebabkan Howard dan di kalangan mereka di sekelilingnya termasuk jentera Pakatan Harapan digunakan bagi mempertahankan ahli parlimen Ipoh Timur itu.

Menerusi rakaman video pertama yang mendapat perhatian ramai semalam, Howard ditanya oleh portal berita kesihatan CodeBlue mengenai berapa lama kakitangan kesihatan awam yang meminta gaji dan keadaan kerja yang lebih baik perlu menunggu sebelum mereka melancarkan mogok.

Dia kemudian menjawab: “Saya tidak melayan soalan yang emosional”.

Selepas beberapa kali mengulang ayat yang sama Howard ditanya berapa lama kakitangan kesihatan perlu menunggu masalah mereka diselesaikan.

“Saya ingin mereka tunggu kerajaan meneliti semua langkah yang perlu untuk memastikan semua pihak berkepentingan diambil kira, ke dalam dasar, sebelum mereka mogok,” katanya.

Ditanya mengenai jangka masa yang ditetapkan, Lee menjawab: “Adakah saya kelihatan seperti seorang menteri? Adakah saya kelihatan seperti saya dalam badan eksekutif? Adakah saya kelihatan seperti saya mempunyai kuasa untuk memutuskan?”

MP https://twitter.com/howardlee_my?ref_src=twsrc%5Etfw @howardlee_my mahu pekerja kesihatan menunggu kerajaan “meneliti semua langkah yang perlu untuk memastikan semua pihak berkepentingan diambil kira, dalam dasar” sebelum melancarkan mogok.

“Saya rasa Kementerian perlu diberi ruang untuk melakukan segala yang perlu.” https://t.co/qdQkHSip36 pic.twitter.com/qdQkHSip36

— CodeBlue (@codebluenews) https://twitter.com/codebluenews/status/1632939132057182209?ref_src=twsrc%5Etfw 7 Mac 2023

Sikap, tingkah laku dan nada suara Howard, menjadi perhatian selepas video itu disiarkan di Twitter, dengan ramai orang mengkritiknya.

Antaranya ialah bekas timbalan pengarah kesihatan, Dr Christopher Lee.

“Goosh, dia ini (Howard) betul-berikan berikan tanggapan pertama yang sangat buruk di kalangan ramai daripada kami.

“Keangkuhannya menyebabkan sukar untuk ditemuramah. Nada dan bahasa badannya berbau kesombongan. Merendah diri merupakan satu tuntutan,” kata Christopher di Twitter sambil menambah Howard perlu belajar daripada setiausaha agung DAP, Anthony Loke.

Howard enggan mengulas mengenai respons Christopher ketika dihubungi.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat Muda, Ainie Haziqah Shafii turut mendakwa bekas ketua Pemuda DAP itu sebagai berlagak.

“Ini (respons Howard) bukan nada ketika kamu jadi pembangkang. Kami tidak fikir kami perlu tunggu kerajaan mengeluarkan sesuatu sebelum melancarkan mogok.

“Kebajikan kakitangan kesihatan dipertaruhkan, dan apa yang (kamu) peduli ialah (tentang) bagaimana soalan itu ditanya kepada kamu? Ini sangat berlagak,” tulisnya di Twitter.

Sesetengah pihak juga membandingkan Howard dan Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii, yang dalam temu bual berasingan dengan CodeBlue, kelihatan lebih tenang dan ramah.

MP https://twitter.com/Kelvinyii88?ref_src=twsrc%5Etfw @Kelvinyii88 berkata pekerja kesihatan di seluruh perkhidmatan awam, bukan hanya doktor, terlalu bekerja dan keletihan selepas wabak – mereka memerlukan persekitaran kerja dan imbuhan yang lebih baik.

“Walaupun kami menghargai mereka semasa pandemik, kata-kata ikrar tidak memberi makan kepada keluarga mereka.” https://t.co/vuufnX2mGt pic.twitter.com/vuufnX2mGt

— CodeBlue (@codebluenews) https://twitter.com/codebluenews/status/1632576738688393216?ref_src=twsrc%5Etfw 6 Mac 2023
Menjawab kecaman di Twitter semalam, Howard sekali lagi menegaskan sikapnya dalam satu lagi rakaman video.

“Apabila seseorang memancing respons untuk membangkitkan emosi dan menjadikan masa depan kakitangan kesihatan dan kebajikan keluarga mereka dan kesihatan pesakit mereka sebagai senjata; Saya enggan menjawab.

“Saya konsisten dalam mengetengahkan masalah yang dihadapi oleh kakitangan penjagaan kesihatan; cara soalan ditanya adalah cara saya menjawab,” katanya.

Secara berasingan, seorang individu yang mendakwa berada dalam pasukan Howard menggunakan transkrip temu bual CodeBlue untuk mempertahankan ahli parlimen DAP itu – dengan mendakwa editor portal berita itu cuba menghasut respons yang sesuai dengan naratif mereka.

Sementara itu, akaun Twitter Wanita PH berkata, CodeBlue sepatutnya mengarahkan soalan mereka kepada Kementerian Kesihatan.

“Kita mungkin tak bersetuju dengan nada dan cara soalan dijawab, tetapi mengapa seorang ahli parlimen kerajaan perlu menjawab apa yang sepatutnya menjadi tugas pegawai di Kementerian Kesihatan?

“CodeBlue sepatutnya menemu bual (Ketua Pengarah Kesihatan) Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai Kementerian Kesihatan yang telah menjadi peneraju selama ini,” ciap Wanita PH.

Lee sebelum ini membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan mogok oleh kakitangan kesihatan, dan mengatakan dia akan menyampaikan rungutan mereka kepada Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Dia kemudiannya menghadiri sesi town hall antara Zaliha dan kumpulan doktor junior di mana menteri itu berjanji untuk menangani masalah mereka.

Bagaimanapun, rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan kesihatan awam masih belum reda.

Semasa temu bual dengan Codeblue, Howard ketika ditanya mengenai pendiriannya mengenai mogok tersebut sekali lagi menegaskan tidak akan menyokong langkah meskpun kakitangan kesihatan mempunyai hak berbuat demikian.

Diasak dengan soalan adakah dia akan menyokong mogok jika ia dianjurkan mengikut Akta Perhubungan Perusahaan, dia menjawab: “Baiklah, saya tidak berhak untuk tidak menyokong; itu undang-undang.”

Sementara itu, satu lagi petikan video wawancara pemimpin DAP itu dengan CodeBlue turut menerima kritikan kerana kurangnya kemahiran komunikasi awam.

Dalam video kedua, Howard terus mempertahankan diri apabila ditanya sama ada dia mengakui terdapat kekecewaan di kalangan doktor mengenai kadar tugasan tanpa mengira masa (on call) mereka.

“Sudah tentu. Saya telah bercakap dengan mereka. Saya telah bercakap dengan doktor sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu secara satu lawan satu dan secara berkumpulan.

“Saya pernah melihat air mata mengalir di wajah mereka. Saya pernah ke sana untuk membantu mereka menyelesaikan masalah mereka.

“Jadi jangan anggap saya tidak tahu; Saya tahu, saya tahu, saya tahu,” katanya.

Ditanya sama ada dia menyokong ⬆️doktor’ kadar atas panggilan kepada RM25/jam, MP https://twitter.com/howardlee_my?ref_src=twsrc%5Etfw @howardlee_my berkata isu itu tidak seharusnya “terlalu dipermudahkan” ;.

“Ia bukan sahaja mengenai gaji mereka; ia mengenai prospek pembangunan mereka, prospek untuk menaiki tangga dan skala penggredan, yang diterjemahkan kepada upah.” https://t.co/1o2pvTvGJ3 pic.twitter.com/1o2pvTvGJ3

— CodeBlue (@codebluenews) https://twitter.com/codebluenews/status/1632999522577129473?ref_src=twsrc%5Etfw 7 Mac 2023

Howard, 40, adalah ahli parlimen kali pertama.

Dia bagaimanapun pernah menjadi Adun Pasir Pinji di Perak sejak 2013, dan pernah berkhidmat sebagai exco belia, sukan dan pembangunan modal insan negeri itu dari 2018 hingga 2020 ketika pentadbiran PH.

Howard Lee didakwa berlagak, angkuh ketika diwawancara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Musa Hassan beri amaran jangan masuk campur urusan keluarga [VIDEO]

Logo rahsia beruang pada coklat Toblerone

Didakwa gigit ‘kemaluan wanita’, anak billionair dipanggil polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker