Penunggang basikal wanita lompat atas bonet kereta

Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan seorang penunggang basikal dan pemandu kereta bergaduh di tepi sebatang jalan yang sibuk sehingga mengganggu lalu lintas, lapor portal berita Asia One semalam.

Klip video awal  memaparkan seorang penunggang basikal wanita melompat ke atas bonet kereta Suzuki Swift yang sedang bergerak.

Dalam klip video susulan yang dikongsikan di laman Facebook Sabtu lalu, seorang penunggang basikal wanita dan pemandu kereta  yang juga wanita dilihat bertengkar di tepi jalan East Coast Road, Katong.

Tidak lama selepas itu, penunggang basikal dilihat bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbit sambil membuat isyarat ke arah pemandu kereta yang ketika itu masuk ke dalam kenderaannya.

Ketika kereta itu mula bergerak, penunggang basikal secara tiba-tiba melompat ke atas bonet hadapan dan berpaut dengan kuat.

Keterangan pada video itu menyebut penunggang basikal menjerit sambil  berpaut pada bonet kereta.

“Pemandu membelok keretanya di tempat menurunkan penumpang di sebuah pusat beli-belah dan drama itu berakhir dari sudut pandangan saya,” kata keterangan pada video berkenaan.

Tidak dijelaskan sama ada penunggang basikal masih berada di atas bonet kereta ketika itu.

Menurut seorang pengguna media sosial yang mendakwa berada di lokasi kejadian, penunggang basikal memarahi pemandu kereta kerana memotong basikalnya semasa hendak membelok.

Namun, terdapat juga pengguna yang menyalahkan penunggang basikal itu dengan menyifatkan dia bertindak secara agresif.

“Penunggang basikal yang agresif. Alangkah bagus kalau pemandu kereta menekan brek kecemasan,” kata netizen yang lain.

Dalam perkembangan terkini, polis mengesahkan  telah menahan kedua-dua wanita berkenaan yang masing-masing berusia 31 dan 49 tahun. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker