Lakonan bunuh diri makan diri

Lakonan bunuh diri makan diri

Seorang wanita yang sanggup berlakon bunuh diri demi mencipta kandungan di media sosial maut apabila tergelincir hingga menyebabkannya tergantung dan meninggal dunia serta-merta.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kampung Cibeber, Leuwiliang, Bogor, Jawa Barat, Rabu lalu yang turut disaksikan rakan wanita berkenaan yang sedang membuat panggilan video.

Memetik laporan Kompas.com, mangsa berusia 21 tahun itu ditemukan mati tergantung pada kain yang diikat pada bahagian pengudaraan di pintu.

Ketua Polis Leuwiliang, Agus Supriyanto, berkata wanita itu menyampaikan niatnya membuat kandungan lakonan bunuh diri, sebelum memuat naiknya di media sosial kepada seorang rakannya ketika mereka bersembang dalam panggilan video.

“Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan kafeteria itu segera menunjukkan aksi gantung diri itu kepada rakannya itu.

“Ketika itulah mangsa tergelincir dari kerusi yang dipijaknya hingga menyebabkannya tergantung,” katanya semalam.

Beliau berkata rakannya yang masih dalam panggilan video itu terkejut dan terus ke rumah mangsa bagi menyelamatkannya, namun sudah terlambat.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dilihat dalam keadaan tergantung pada seutas kain yang diikat di atas pengudaraan pintu.

“Rakan mangsa itu terus melaporkan kejadian kepada polis,” katanya.

Mangsa dibawa ke Hospital Leuwilian untuk bedah siasat dan hasilnya tiada tanda jenayah kekerasan berlaku pada anggota badan wanita itu.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, mangsa meninggal dunia akibat jerutan pada lehernya,” katanya.

Jenazah mangsa diserahkan kepada keluarga dan menganggap kematian wanita itu sebagai satu kemalangan. BH

Lakonan bunuh diri makan diri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker