Perjuangan ‘Bossku’ masih belum selesai

Dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum selesai

Ini kerana masih terdapat beberapa kes yang dipertuduhkan terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan itu yang masih belum ber­akhir secara muktamad.

Malah masih terdapat dua lagi kes yang belum dibicarakan sejak Najib dihadapkan ke Mahkamah bermula 2018.



Ketika ini, Najib mempunyai lima kes yang belum selesai secara muktamad termasuk kes meminda laporan audit ini yang masih boleh dirayu oleh pihak pendakwaan.

Jika rayuan dibenarkan, Najib boleh diperintahkan untuk membela diri.

Kes-kes lain yang dihadapi Najib ialah:
– Penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
– Penyelewengan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.
– Tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International, RM27 juta.
– Enam pertuduhan pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion (didakwa bersama-sama bekas Setia­usaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah).

Bagi kes penyelewengan dana SRC International, Najib telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.



Sekiranya kebenaran diberikan, Mahkamah Persekutuan (di hadapan panel hakim berlainan) akan mendengar merit semakan tersebut sebelum memutuskan sama ada rayuan akhir didengar semula atau Najib dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Kes penyelewengan dana 1MDB masih dalam perbicaraan peringkat pendakwaan.

Kes pengubahan wang ha­ram berjumlah RM27 juta masih belum dibicarakan sejak Najib didakwa pada 18 Februari 2019 dan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 29 Mei ini bagi memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini mengenai keputusan semakan bekas Presiden UMNO itu.

Sementara itu bagi kes pecah amanah harta kerajaan berjumlah RM6.6 bilion, Najib dan Irwan akan mula dibicara di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin pada 3 April ini



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along



Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker