Pemilihan UMNO: Shahrizat dijangka dapat tewaskan Noraini

DALAM satu tulisan bertarikh 28 Februari lalu, penganalisis politik, Shahbudin Husin membuat jangkaan peluang Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil untuk kembali memimpin Wanita UMNO adalah jauh lebih cerah berbanding penyandangnya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Tinjauan ke atas pemimpin-pemimpin Wanita UMNO di peringkat bahagian menunjukkan jangkaan Shahbudin ini bertepatan dengan realiti di mana sebahagian besar daripada mereka amat mengharapkan Shahrizat kembali memimpin Wanita UMNO kerana ia terlalu lemah dan tidak bermaya sejak Noraini mengambil alih jawatan sebagai ketuanya pada 2018.

Mereka berkata, tidak seperti Shahrizat yang terus mengambil tanggungjawab atas kekalahan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita pada 2018, Noraini pula tidak mempunyai keberanian untuk berbuat begitu selepas PRU15.

Bila dibangkitkan soal umur Shahrizat yang agak tua, iaitu 70 tahun berbanding Noraini berusia 55 tahun, pemimpin-pemimpin Wanita UMNO yang ditemui tidak menganggapnya sebagai satu kekurangan.

Mereka berkata, umur Shahrizat adalah biasa sebagai pemimpin malah beliau sebaya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi serta lebih muda berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusia 75 tahun.

Beliau mempunyai tahap kesihatan yang bagus jika dibandingkan dengan Noraini yang dikatakan mempunyai masalah kesihatan termasuk menjalani pembedahan jantung, tahun lalu.

Dengan usia dan pengalaman beliau menyebabkan terjalinnya hubungan baik dengan ramai pembesar dan tokoh negara yang boleh dilihat melalui pelbagai aktiviti di media sosial termasuk dengan Raja Permaisuri Agong. Malah buku keluarga besar beliau, Grit and Gumption: The Yusuf Brothers of Penang juga dilancarkan oleh Raja Perlis.

Penolakan perwakilan Wanita ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini terhadap usul agar jawatan tertinggi Wanita UMNO dan bahagian-bahagian tidak dipertandingkan membuktikan akar umbi mahukan kepimpinan baharu.

AKTIVIS WANITA UMNO
Kuala Lumpur

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker