Hina ‘Menu Rahmah’, ini kenyataan balas Exco Terengganu

 

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menafikan dakwaan beliau memperlekeh hidangan Menu Rahmah berikutan penularan sebuah video di media sosial semalam.

Beliau menegaskan tidak pernah terlintas untuk menghina inisiatif kerajaan bagi meringankan beban sara hidup rakyat berkenaan.

“Saya hanya sebut sedang makan nasi bersama ikan goreng dan sayur tanpa kuah. Tiada satu perkataan pun dalam video tersebut saya sebut tentang Menu Rahmah. Sebab kebiasaan saya makan dengan berkuah sebab itu curah air (oren) untuk dijadikan kuah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok Hanafiah tular sehingga mendapat kecaman ramai ekoran didakwa seakan-akan menghina hidangan Menu Rahmah.

Video tersebut telah disembunyikan daripada tatapan awam daripada akaun TikTok beliau tidak lama kemudian namun sempat disimpan sebelum dimuat naik semula oleh pihak lain.

Hanafiah menegaskan beliau tidak berniat menghina makanan dengan melakukan demikian malah menikmati hidangan itu sehingga habis.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai dari Pas itu kesal dengan penyebaran video tersebut yang dianggapnya telah disalah erti dan berniat cuba menjatuhkan reputasinya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker