Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal

Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal

Jika UMNO mahu mendapat kepercayaan rakyat semula, perubahan harus dilakukan segera, demikian tegas calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Muhammad Akmal Saleh.

Beliau berkata, antara perubahan pertama yang mampu mengembalikan semangat dalam parti itu adalah mengurangkan had umur untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO.

“Kita sedia maklum, sebelum ini ada Ketua Pemuda yang berumur lebih 40 tahun malah pernah ada yang umurnya hampir 63 tahun.

“Tetapi, itu ketika zaman mereka yang mana rakyat mahukan Ketua Pemuda yang umurnya 63 tahun.

“Tapi hari ini, kita kena sedar, dengan penolakan yang berlaku pada pilihan raya umum yang lepas, UMNO ditolak oleh orang-orang muda,” katanya.

Dr Muhammad Akmal yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau berkata, penolakan daripada anak muda terhadap UMNO adalah disebabkan tiada perubahan berlaku selain suara mereka tidak selari dengan pembawaan parti.

“Saya melihat, perkara ini berlaku kerana UMNO sering bercakap soal peremajaan parti dan perubahan tetapi perkara itu tidak berlaku.

“Contohnya, Angkatan Muda Keadilan yang meletakkan had umur ketua dan ahlinya adalah pada usia 35 tahun.

“Berbeza dengan UMNO yang letak had umur hanya kepada ahli termasuk di peringkat Cawangan dan Bahagian, tetapi untuk jawatan Ketua Pemuda tiada pula had umur.

“Apa yang istimewa sangat Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni?” soalnya.

Jelasnya lagi, sudah sampai masanya, usia Ketua Pemuda UMNO perlu diteliti kerana perkara ini sudah lama menjadi harapan pemuda parti itu.

“Apabila saya ada peluang sebegini, saya fikir perubahan perlu dilakukan segera.

“Kita tidak boleh lagi retorik, orang di luar dan Pemuda sendiri mahukan Ketua Pemuda ini setara dengan mereka.

“Sebab itu, nak bercakap soal perubahan, ia mesti datang daripada diri kita sendiri,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Akmal juga berkata, sudah tiba masanya berlaku perubahan dalam setiap jawatan.

“Ada yang cakap pada saya, bila seseorang itu dah pegang jawatan, dia nak pegang sampai bila-bila.

“Ini bukan soal individu, ini adalah mengenai imej.

“Macam mana kita nak bagi imej dan persepsi baru yang mana perubahan dalam UMNO ini mesti bermula daripada Pemuda dan perlu dizahirkan, itu jauh lebih penting daripada pandai berkata-kata saja,” tambahnya.

Selain Dr Muhammad Akmal, Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 ini mempertemukan tiga lagi calon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Arman Azhar, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan Meor Hassan Mat Ali.

Perwakilan akan mengundi pada 11 Mac ini. MG

Ketua Pemuda UMNO kena bawah 40 tahun – Dr Akmal

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker