Apakah sebenarnya makhluk ini?

Apakah sebenarnya makhluk ini?

Tokyo: Sekumpulan saintis melakukan kajian mendalam mengenai ‘mumia duyung’ mengerikan yang didakwa berusia lebih 200 tahun.

Portal Mothership melaporkan, kajian itu dilakukan untuk mengetahui bahagian pada mumia itu.



Apa yang mengejutkan, penemuan baharu menunjukkan ia terdiri daripada beberapa bahagian haiwan yang berbeza.

Menurut Asahi Shimbun, penyelidik pertama kali menemui ‘ikan duyung’ itu pada 2022, terletak di dalam kotak kayu di dalam sebuah kuil di wilayah Okayam, Jepun

Spesimen itu yang diawet didapati berukuran kira-kira 30.5 sentimeter (sm) panjang. Ia sebelum ini dipamerkan dalam bekas kaca di kuil dan kemudian disimpan sejak lebih 40 tahun lalu.

Surat di dalam kotak mumia itu mendakwa bahawa ‘makhluk’ itu ditangkap oleh seorang nelayan antara 1736 dan 1741.



Tanpa banyak petunjuk mengenai asal usulnya, penyelidik meneka bahawa ia diperbuat daripada tubuh dan kepala monyet yang dijahit pada badan ikan yang dipenggal.

Entiti seperti ‘ikan duyung’ itu menyerupai Ningyo iaitu makhluk dari mitos Jepun mengenai seekor ikan dengan kepala manusia.

Ningyo dipercayai dapat membantu menyembuhkan penyakit dan meningkatkan umur panjang.

Spesimen ini dikatakan mungkin ‘dicipta’ beberapa dekad selepas tarikh yang dikatakan ia diambil dari laut.



Ia dipercayai ‘dicipta’ untuk penipuan apabila dijual kepada orang kaya yang ingin meningkatkan kesihatan dan umur panjang.

Penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki (KUSA) di Jepun mengkaji ‘ikan duyung’ itu pada awal Februari 2022, dengan kebenaran daripada sami kuil itu, lapor LiveScience.

Kajian terperinci mendapati bahagian tubuh ‘ikan duyung’ itu diperbuat daripada kain, kertas dan kapas yang dicantumkan dengan pin logam dari bahagian leher hingga ke bawah badan.

Campuran pasir dan arang dicat pada ‘badannya’, manakala bahagian badan dilitupi dengan rambut mamalia dan kulit ikan. Bahan sama digunakan pada tangan, bahu, leher dan pipi patung itu.



Rahang dan giginya pula adalah daripada ikan pemangsa. HM

Apakah sebenarnya makhluk ini?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri



Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker