Pemilihan UMNO: Zahid akan umum sema calon peringkat nasional malam ini

 

KOTA TINGGI – Senarai calon yang akan bertanding di peringkat nasional dalam pemilihan UMNO akan diumumkan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam Khamis.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui ramai calon telah menawarkan diri dalam pemilihan kali ini.

“Malam ini buat pertama kalinya saya akan mengadakan majlis memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding di peringkat nasional.

“Kita ketahui bahawa ramai yang berminat untuk bertanding, saya sendiri walaupun insya-ALLAH tidak perlu bertanding (jawatan Presiden) bersama Timbalan Presiden, kami tetap akan bersama-sama, memperlihatkan kebersamaan kami dengan calon-calon yang menawarkan diri,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini pada Khamis.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, turut melawat kawasan terjejas banjir di daerah ini dan PPS Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang di sini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pemilihan UMNO diadakan mulai 1 Februari hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Februari ini. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul, lepaskan saya – Puteri Sarah

Mentega Terbang, Jakim diarah ambil tindakan – Menteri

Cubaan sabotaj kerajaan, Hadi Awang dikecam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker