Scammer jual bahan buat biskut, kek harga tak masuk akal

 

JEMPOL – Menjelang ramadan, muncul pula tawaran harga bahan mentah untuk membuat kuih dan biskut raya tidak munasabah dikesan di laman sosial facebook sejak awal Januari lalu.

Lebih membimbangkan apabila pemilik akaun berkenaan didakwa menggunakan gambar produk daripada peniaga terlibat tanpa kebenaran untuk dijadikan testimoni pengguna bagi meraih kepercayaan pembeli.



Perkara itu diluahkan, Farizah Jaafar, 41, yang merupakan pengusaha biskut raya dan tenaga pengajar turut mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu berikutan ia boleh menjejaskan perniagaan.

“Senang sangat buat duit, lagi-lagi sekarang kebanyakan peniaga sudah mula membuat biskut raya dan mulalah scammer-scammer ini buat kerja.

“Harga coklat bar jenama terkenal yang dipaparkan oleh pemilik akaun berkenaan tidak masuk akal langsung, murah sangat.

“Tambahan harga bahan mentah ketika ini berlaku kenaikan, yang menjadi mangsanya kita (peniaga) kerana teruja dengan harga murah daripada pasaran,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.



Jelas Farizah lagi, pengalamannya membeli secara borong coklat berkenaan untuk pengeluaran pada musim perayaan kosnya mencecah RM10,000.

“Saya sampai sanggup berurusan dengan pihak pengilang sebab nak borong banyak. Dia (pemilik akaun berkenaan) nak turunkan harga sebotol sampai RM9 hingga RM10, agak pelik sebab kalau ikutkan harganya ketika ini sekitar RM19-RM27 sebotol.

“Selain itu, sepanjang saya mengajar membuat kek dan biskut ini tidak pernah jumpa lagi harga macam itu, ia diakui sendiri oleh pelajar saya yang menjual biskut sama semasa musim perayaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Farizah menegaskan tidak pernah berurusan dengan pihak berkenaan untuk mendapatkan bekalan coklat bar jenama terbabit.



“Ramai pula yang memberi komen (untuk membeli) dalam akaun facebook itu, saya harap para peniaga janganlah cepat terpengaruh dengan tawaran harga murah seperti itu,” katanya.

Sementara itu, hasil tinjauan Sinar Harian mengenai akaun facebook yang didakwa mendapati terdapat banyak luahan dan nasihat daripada pelayar laman sosial itu yang meminta orang ramai tidak mudah percaya dengan tawaran tersebut.

Mereka juga mendakwa ada peniaga yang sudah tertipu dan mengalami kerugian sehingga menjejaskan perniagaan masing-masing apabila barang yang ditempah tidak sampai sebaik pembayaran dibuat malah akaun facebook mereka turut di blok.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada peniaga terlibat membuat laporan polis ataupun tidak setakat ini.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wabak Wahan sedang menyerang umat Islam ketika ini

Peragut Dikejar Ford Mustang (Video)

Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 1)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker