Sindiket seludup warga Pakistan kahwin wanita Malaysia tumpas

Seorang lelaki Pakistan ditahan kerana dipercayai menjadi dalang utama penyeludupan rakan senegaranya dalam serbuan Ops Gelombang IV di beberapa lokasi sekitar Kelantan, Isnin lalu.

Suspek yang berkahwin dengan wanita warga tempatan itu didakwa mengetuai kumpulan dipercayai aktif membawa masuk warga Pakistan sejak Mei 2022 untuk bekerja secara haram dan menyasarkan wanita warga tempatan sebagai isteri.

Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata dalam serbuan itu pihaknya menahan tujuh lagi warga Pakistan dan merampas wang tunai RM2,000, pasport Pakistan tidak mempunyai cap masuk dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serta sedan disyaki digunakan untuk menyeludup.

Menurutnya, berdasarkan maklumat risikan dua pasukan digerakkan ke dua lokasi bagi memintas kenderaan dinaiki suspek dan PATI yang dipercayai baru diseludup.

“Pasukan operasi berjaya memintas kenderaan yang dinaiki oleh sindiket ini di Pasir Mas, Kelantan dan menahan tiga orang lelaki Pakistan yang yang terdiri daripada transporter dan PATI yang diseludup masuk.

“Pasukan kedua pula menahan lima lelaki Pakistan termasuk dalang utama dalam serbuan di sebuah kediaman di Pasir Tumboh, Kota Bharu di Kelantan disyaki dijadikan sebagai transit,” katanya dalam kenyataan.

Ruslin berkata, berdasarkan siasatan sindiket menyeludup pendatang asing tanpa izin dari Pakistan yang menaiki pesawat dan mendarat di Thailand.

“Mereka kemudiannya dibawa ke pengkalan haram melintasi sempadan Malaysia -Thailand dan dikenakan bayaran antara RM6,000 hingga RM7,000 bagi seorang,” katanya.

Beliau berkata suspek kini ditahan mengikut Akta Anti-Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 manakala enam PATI ditahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker