TMJ bengang tindakan Liridon

TMJ bengang tindakan Liridon

Tindakan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dipinjamkan kepada Terengganu FC (TFC), Liridon Krasniqi yang menyatakan sokongan buat pasukan baharunya bagi aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah mendapat perhatian pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hantaran pemain tengah itu seakan tidak disenangi Tunku Ismail apabila Liridon memuatnaik hantaran ucapan maju jaya itu sebelum pertembungan di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

“Selamat maju jaya rakan sepasukan. Sayangnya, saya tidak dapat bersama pada aksi kali ini. Jangan putus asa, kita mampu melakukannya,” kata Liridon.

Namun hantaran itu dibalas Tunku Ismail yang mencadangkan supaya rakan sepasukan baharunya membayar gajinya.

“Beritahu rakan sepasukan kamu untuk bayar gaji kamu,” balas Tunku Ismail.

Bagaimanapun, hantaran terbabit selepas itu dipadam oleh Tunku Ismail termasuk Liridon.

Sebagai rekod, pemain naturalisasi itu tidak dapat diturunkan susulan syarat pinjaman yang dipersetujui kedua-dua pasukan di mana pemain JDT yang berstatus pinjaman tidak boleh beraksi menentang skuad Harimau Selatan.

Pada aksi terbabit, JDT merangkul piala berkenaan menerusi kemenangan 2-0 sekali gus menyamai pencapaian Selangor FC (SFC) dengan lapan gelaran. BH

TMJ bengang tindakan Liridon

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Datuk Seri Azlina mahu saman bekas suami RM10 juta (Video)

Syamsul Upah Peguam Untuk Ira Kazar, Puteri Sarah Kata ‘Bring It On’

Zarina jawab tuduhan Khazrul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker