Larangan bikini, arak ‘tak kondusif’ untuk pelancongan – Ahli Parlimen

Larangan bikini, arak ‘tak kondusif’ untuk pelancongan – Ahli Parlimen

Malaysia perlu menyediakan persekitaran kondusif untuk pelancong, sekiranya mahu jumlah pelawat ke negara ini meningkat, kata seorang Ahli Parlimen.

Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) menyambut baik usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menarik lebih ramai pengunjung ke Malaysia, tetapi pengembara muda mungkin tidak merasakan Malaysia destinasi yang menarik.



“Jika kita pergi ke negara lain, kita mahu mempunyai pengalaman yang menyeronokkan. Tetapi (di Malaysia) apabila pelancong datang, (apabila) mereka mahu mandi di kolam renang sambil memakai bikini atau minum arak, timbul isu.

“Kita tidak boleh bersaing dengan negara lain apabila persekitaran pelancongan kita tidak kondusif,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau mempersoalkan bagaimana Malaysia mahu bersaing dengan negara lain sebagai destinasi pelancongan menarik kerana gagal menyediakan persekitaran kondusif atau pengalaman yang menyeronokkan untuk pelancong.

Willie menggesa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk “berinovasi semula dan menyegarkan” tarikan pelancongan negara dalam usaha bersaing dengan perkembangan semasa.



Katanya, generasi muda kini tidak lagi berminat dengan tapak sejarah atau persembahan kebudayaan sebagai tarikan pelancongan.

Menjawab soalan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing berkata, Malaysia perlu belajar daripada negara lain seperti di Asia Barat yang mempunyai pendekatan terbuka dan mesra pelancong.

“Kita tidak boleh menjadikan segala-galanya sebagai isu agama kerana kita adalah negara berbilang bangsa dan mesti belajar bekerjasama sebagai sebuah keluarga,” katanya sambil menambah beliau akan berbincang isu itu dengan Ahli Parlimen lain. FMT

Larangan bikini, arak ‘tak kondusif’ untuk pelancongan – Ahli Parlimen



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Nom raih RM360,000 sebulan?



Roti Canai nombor 2 di dunia ‘Best Street Foods’

Wasiat secara lisan wajib ditunaikan mengikut permintaan arwah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker