Harimau belaan terlepas, 5 penduduk cedera

Seekor harimau bintang yang mengganas di sebuah bandar Pakistan selama enam jam dan mencederakan lima penduduk tempatan berjaya ditembak dengan ubat pelali, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Harimau bintang itu didakwa melarikan diri dari sangkar rumah pemiliknya di ibu kota Pakistan, Islamabad.

Semasa cuba melarikan diri, ia dilihat melompat ke atas tembok dan berkeliaran di kawasan kejiranan sebelum menyerang penduduk tempatan.



Terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa salah seorang mangsa meninggal dunia.

Haiwan itu malah menyerang pegawai hidupan liar yang cuba menangkapnya di tempat kejadian. Serangan harimau itu berlaku di kawasan kejiranan DHA Fasa II yang mewah.

Selepas beberapa jam menjejaki haiwan buas itu, pekerja Lembaga Pengurusan Hidupan Liar Islamabad berjaya menenangkannya dengan ubat pelali dan membawanya ke Pusat Penyelamat Haiwan di Zoo Islamabad.

Di bawah bidang kuasa Balai Polis Sahala, seorang suspek yang tidak dinamakan didakwa mengikut Seksyen 324 (cubaan untuk membunuh) dan 289 (kelakuan cuai terhadap haiwan) Kanun Keseksaan (PPC) Pakistan.



Memelihara haiwan liar seperti harimau bintang di kediaman persendirian adalah haram di Pakistan. Siasatan bagaimanapun masih diteruskan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker