Hamzah balun Mukhriz, demi ‘survival politik’ sanggup main dua kolam
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menyindir Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir terdesak susulan dikatakan ingin ‘bermain dua kolam’, menjelang pilihan raya negeri (PRN).
“Maknanya dia terdesak sekarang untuk mencari tempat, biarkanlah, tak apalah.
“Sebagai orang politik dia terpaksa (supaya) dia boleh bergantung hidup,” katanya kepada pemberita di Parlimen.
Semalam, Berita Harian memetik sumber Perikatan Nasional (PN) Kedah, berkata Mukhriz meminta peruntukan dua kerusi daripada gabungan itu, pada PRN akan datang.
Permintaan itu dibuat menerusi pertemuan antara Mukhriz dengan lima kepimpinan tertinggi PAS, baru-baru ini.
Sumber yang juga Exco Kedah turut mendakwa, Mukhriz menyatakan hasrat supaya Pejuang dapat menjalinkan kerjasama dengan PN bedepan PRN Kedah dengan harapan ia menjadi ‘talian hayat’ untuk Mukhriz mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra yang dimenanginya, pada PRU14.
Selain DUN Jitra, Mukhriz turut dikatakan meminta kawasan Anak Bukit disandang Amiruddin Hamzah.
Dalam laporan Utusan Malaysia, Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Mahfuz Omar, mendakwa Mukhriz berminat membentuk kerjasama bersama gabungan itu bagi menghadapi PRN.
Salahuddin Ayub yang juga timbalan presiden Amanah dalam laporan sama berkata: “Menerusi pengalaman saya, kita akan menunggu Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin mahu meminta mengadakan pertemuan rasmi.”
Ahad lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Sanusi Md Nor, mengesahkan berlaku pertemuan antara Mukhriz bersama kepimpinan tertinggi PAS.
Menteri besar Kedah itu, berkata intipati perbincangan antara dua pihak bagaimanapun belum didedahkan setakat ini ia hanya membabitkan lima kepimpinan tertinggi parti bersama Mukhriz.
Sementara itu, Hamzah berkata rundingan kerusi Bersatu pada PRN depan belum dimuktamadkan.
“Kita sedang berbincang, belum dimuktamadkan lagi tetapi kita sudah beberapa kali bincang kerusi-kerusi yang akan diagihkan kepada parti dalam PN,” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- PAS ada banyak duit – Nik Zawawi
- Model bunuh diri kerana pembuli siber
- 5 ADUN Sabah lompat belum tentu selamatkan Gagasan Rakyat
- Jana Wibawa: Datuk Teo didakwa terima rasuah RM12.8 juta
- Syed Saddiq bela diri terhadap empat tuduhan jenayah hari ini
- Adam Radlan mengaku tak salah terima rasuah RM4.1 juta
- Mudah-mudahan kes YB digugurkan macam saya – Shahrir
- Tengku Maimun patut tarik diri daripada dengar rayuan akhir Najib
- Polis buru individu menyamar TMJ dapatkan projek
- Masa sedap kau hilang kopiah – Zarina Anjoulie
- Penjawat awam dicekup khalwat dengan janda anak 11
- Dulu lawan, sekarang kawan
- Bung sifatkan Adun UMNO Sabah yang ‘melompat’ macam monyet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)