Data MySejahtera diceroboh, kerajaan jangan ‘pilih kasih’, kata kumpulan pemikir
Data MySejahtera diceroboh, kerajaan jangan ‘pilih kasih’, kata kumpulan pemikir
Kumpulan pemikir menggesa kerajaan agar tidak mengamalkan pilih kasih ketika melaksanakan langkah melindungi data, susulan laporan audit mendedahkan lebih banyak kelemahan dalam aplikasi MySejahtera.
Pusat Galen bagi Dasar Kesihatan dan Sosial berkata, kerajaan berdepan defisit kepercayaan rakyat susulan kebocoran data sebelum ini yang tidak diuruskan dengan baik.
“Kerajaan perlu menunjukkan mereka serius mengenai perlindungan data dan mengguna pakai standard sama seperti mana dikehendaki dalam sektor swasta.
“Kerajaan mesti menghentikan amalan pilih kasih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Galen Azrul Khalib kepada FMT.
Menurutnya, kerajaan persekutuan dan negeri dikecualikan daripada beberapa peruntukan tertentu dalam Akta Perlindungan Data Peribadi.
Azrul berkata demikian susulan laporan ketua audit negara menunjukkan akaun “super admin” memuat turun tiga juta set maklumat menerusi pelbagai alamat IP daripada pangkalan data MySejahtera.
Aplikasi itu dibangunkan bagi menguruskan wabak Covid-19.
Laporan audit itu mendedahkan rekod vaksinasi 203,846 orang dihantar dalam sistem sebelum tarikh vaksinasi, manakala 28,735 rekod menunjukkan penerima mendapat vaksin selepas pusat vaksinasi ditutup.
Kelemahan lain dikenal pasti termasuk 1,657 orang yang mempunyai lebih daripada satu akaun MySejahtera, dan 12,275 dengan rekod vaksinasi yang tidak lengkap.
Azrul berkata, dapatan laporan itu sangat penting dan beberapa persoalan asas berhubung aplikasi itu kekal tidak dijawab.
Ini termasuk sama ada kontrak ditandatangani antara kerajaan dengan syarikat pembangun aplikasi itu, nilai kontrak, tahap liputan, selain pemilik sah data disimpan dalam aplikasi terbabit.
Azrul berkata, kerajaan mesti bersedia mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban serta berpegang pada standard tinggi tadbir urus baik dan keselamatan data.
Tahun lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh berkata, pelantikan KPISoft Malaysia Sdn Bhd untuk membangunkan MySejahtera tidak mengikut prosedur ditetapkan Putrajaya.
Katanya, tiada minit mesyuarat atau dokumen sokongan berhubung pelantikan syarikat itu.
PAC berkata, Putrajaya mesti kekal memiliki sepenuhnya aplikasi berkenaan bagi kegunaan digitalisasi perkhidmatan penjagaan kesihatan awam dan mesti memastikan keselamatan data pengguna.
Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, siasatan lanjut perlu dilaksanakan bagi menentukan sama ada MySejahtera digodam, atau sama ada terdapat akses tanpa kebenaran kepada data.
“Keselamatan program itu sama juga seperti keselamatan pihak itu (yang membangunkan program terbabit). Jika “super admin” membuat perubahan tanpa kebenaran atau mengekstrak data, ia merupakan pelanggaran tugas,” katanya. FMT
Data MySejahtera diceroboh, kerajaan jangan ‘pilih kasih’, kata kumpulan pemikir
Baca Artikel Menarik:
- Zarina, Khazrul gaduh kerana pagar RM100,000
- Netflix turunkan harga langganan
- Tiga jawatan Naib Presiden UMNO masih kosong
- Adam Radlan didakwa minta, terima rasuah 3.5 hingga 7 peratus nilai projek
- Muhyiddin dakwa Zahid dalangi pendakwaan
- Wan Saiful minta dibicarakan dakwaan terima rasuah RM7 juta berkait Jana Wibawa
- Saya tak rujuk Zahid pun nak bertanding Ketua Wanita – Shahrizat
- Penghuni terkejut serpihan meteorit jatuh di balkoni rumah
- PAS Marang serah replika pedang, berkait perarakan HIMPIT kepada polis
- Beberapa SST Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik
- Rumah PM dimasuki ular tedung hitam
- Dahlia Rizal Dakwa Diusik Pihak Polis
- Tuan Ibrahim dakwa BN ‘tiada reda’ Allah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET