Dr. Akmal sah bertanding Ketua Pemuda UMNO
Dr. Akmal sah bertanding Ketua Pemuda UMNO
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengesahkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi penggal 2023-2026.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka telah menghantar borang pencalonan bagi jawatan tersebut petang tadi.
“Alhamdulilah selesai hantar borang untuk menawarkan khidmat saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia petang ni.
“Mohon doa dan bantu saya. Pemuda cara kita,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.
Selain Dr. Muhamad Akmal, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Hasmuni Hassan turut menawarkan diri bertanding jawatan yang sama.
Perwakilan Pemuda UMNO bahagian di seluruh negara akan memilih ketua yang baharu pada 11 Mac ini setelah Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2018. MG
Dr. Akmal sah bertanding Ketua Pemuda UMNO
Baca Artikel Menarik:
- SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam
- Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!
- FAM bukan pak turut TMJ
- Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz
- Sarjan ditemui maut dengan 3 kesan tembakan
- Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi
- Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan
- Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid
- Muhyiddin antara suspek siasatan – SPRM
- Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
- Bekas ‘orang kuat’ Ismail Sabri dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO
- Pertemuan Pejuang-PAS, ‘kalau Mukhriz minta kerusi di Kedah saya jammed’ – Sanusi
- Usul tetap penggal Parlimen langkah menafikan kuasa budi bicara Agong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri
Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar
You must be logged in to post a comment.