Nescafe ikat tepi harga menu rahmah
Nescafe ikat tepi harga menu rahmah
Tindakan peniaga mengenakan cas bayaran tidak “masuk akal” Nescafe O ais berharga RM5 di sebuah gerai di ibu kota undang kecam orang ramai.
Melalui satu perkongsian di media sosial Facebook komuniti setempat, seorang pengguna melahirkan rasa kecewa atas tindakan peniaga gerai makanan itu mengenakan cas pembayaran bagi sebungkus minumannya yang dilihat sangat tidak berbaloi.
Katanya, jika minum di gerai berkenaan cas dikenakan RM3.50 bagi segelas minuman namun apabila diminta untuk bungkus berlaku kenaikan sehingga RM1.50.
“Memang sekali ini sahaja la beli, tak ada yang istimewa pun sampai RM5. Dah bayar untuk minum, bila cakap bungkus kena tambah lagi RM1.50,” katanya.
Rata-rata pengguna media sosial yang menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut menyatakan harga yang dikenakan bagi sebungkus minuman oleh peniaga itu terhadap pelanggan terlalu mahal dan rata-rata gerai makanan lain juga menjual air tersebut jauh lebih murah.
“Nescafe O ais sampai RM5? Serius saya tak pernah jumpa lagi mahal macam ini. Selalu beli bungkus ada cas tambahan itu pun 20sen untuk plastik,” kata Wanie.
“Biasa kedai akan cas 50sen paling mahal pun untuk bungkus, tak tahu pula naik sampai RM1.50,” ujar Ah Seng.
“Cas apa tu? 50sen tali, 50sen plastik dan 50sen straw (penyedut minuman)? agaknya ini cas terbaru untuk selamatkan alam sekitar kot,” kata pengguna lain. K Online
Nescafe ikat tepi harga menu rahmah
Baca Artikel Menarik:
- SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam
- Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!
- FAM bukan pak turut TMJ
- Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz
- Sarjan ditemui maut dengan 3 kesan tembakan
- Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi
- Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan
- Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid
- Muhyiddin antara suspek siasatan – SPRM
- Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
- Bekas ‘orang kuat’ Ismail Sabri dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO
- Pertemuan Pejuang-PAS, ‘kalau Mukhriz minta kerusi di Kedah saya jammed’ – Sanusi
- Usul tetap penggal Parlimen langkah menafikan kuasa budi bicara Agong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri
Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar
You must be logged in to post a comment.