Najib langsung tak diwakili susulan peguam ‘dipaksa’ kekal, Mahkamah Persekutuan diberitahu

Najib langsung tak diwakili susulan peguam ‘dipaksa’ kekal, Mahkamah Persekutuan diberitahu

Najib Razak secara keseluruhannya “tidak diwakili” pada rayuan terakhir sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International, panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan diberitahu, hari ini.

Mahkamah atasan mendengar permohonan kebenaran Najib menyemak penolakan rayuannya, pada 23 Ogos tahun lalu, dan satu lagi panel Mahkamah Persekutuan melibatkan sekurang-kurangnya tujuh hakim untuk perbicaraan semula kes.



Peguam Najib, Shafee Abdullah, berkata keputusan Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan permohonan peguam kanan, Hisyam Teh Poh Teik, menarik diri daripada terus mewakili bekas perdana menteri itu tidak lama sebelum pendengaran rayuan berlangsung, seolah-olah seperti “representasi terpaksa”.

Shafee berkata, Hisyam pada 18 Ogos 2022, sudah memaklumkan kepada panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, berhubung hasratnya menarik diri mewakili Najib.

Hisyam berkata, beliau tidak mempunyai cukup masa membuat persediaan bagi rayuan itu selepas permohonan penangguhan pendengaran ditolak.

Beliau memohon penangguhan “tiga ke empat bulan” bagi membolehkan membuat persiapan kes, namun panel hakim menolak permohonan terbabit dan mengarahkannya terus mewakili Najib sehingga penghujung pendengaran.



Hisyam dilantik mengetuai pasukan pembelaan Najib kurang sebulan, pada 25 Julai, dengan firma Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners bertindak sebagai peguamcara, menggantikan Shafee dan firmanya, Shafee & Co.

Penolakan permohonan penangguhan menyebabkan Hisyam “terbelenggu” ketika mewakili Najib susulan tidak mempunyai masa secukupnya melakukan persediaan, kata Shafee di mahkamah.

“Kebebasan peribadi (Najib) menjadi pertaruhan selepas beliau dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan dikenakan denda sebesar RM210 juta,” katanya.

Pendengaran berlangsung di hadapan panel lima hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli.



Panel hakim lain melibatkan Hakim Vernon Ong, Rhodzariah Bujang, Nordin Hassan dan Abu Bakar Jais.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit bersalah oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Nazlan Ghazali, yang ketika itu menjadi Hakim Mahkamah Tinggi, atas kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah, membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Rayuannya di Mahkamah Rayuan ditolak, pada 8 Dis 2021.

Beliau dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.



Bekas perdana menteri itu memfailkan usul menyemak keputusan penghakiman atas alasan mahkamah melanggar prinsip ‘natural justice’, termasuk hak mendapatkan perbicaraan adil dan peguam. FMT

Najib langsung tak diwakili susulan peguam ‘dipaksa’ kekal, Mahkamah Persekutuan diberitahu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker