Johari garis tiga pemulih ekonomi negara

Johari garis tiga pemulih ekonomi negara

Bekas menteri kewangan II menggariskan tiga perkara utama – kestabilan politik, kecekapan dan keyakinan – bagi memulihkan ekonomi yang sedang bergelut.

Johari Ghani berkata Malaysia harus sedia menanggung ‘kesakitan jangka pendek’ demi generasi akan datang.



Pada Selasa, Ahli Parlimen Titiwangsa itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, menyenaraikan cabaran yang membelit ekonomi, antaranya pertumbuhan ekonomi yang perlahan, pendapatan isi rumah berkurangan, pengangguran dan guna tenaga tidak penuh, hasil kerajaan yang rendah, dan kemiskinan yang meningkat.

“Malaysia tidak boleh lagi ada tiga perdana menteri dalam tempoh empat tahun. Pelabur tidak yakin (kerajaan stabil),” katanya dalam temubual FMT.

Menegaskan semua pihak harus bersama mengekalkan kestabilan politik, Johari berkata kestabilan amat perlu untuk pastikan dasar yang perlu tetapi tidak popular diteruskan setiap kali pentadbiran bertukar.

Pentadbiran Dr Mahathir Mohamad pada 2018 memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang tidak popular, langkah yang membawa kepada hasil tahunan kerajaan berkurang pada anggaran RM20 bilion.



“Kedua, kita mesti ada pasukan berpengalaman dan cekap untuk baiki masalah dihadapi negara, dan merangka strategi jangka pendek dan panjang,” katanya.

Strategi-strategi itu pula harus diberitahu kepada umum, termasuk hakikat tentang ‘kesakitan jangka pendek’ dan nikmat jangka panjang.

Johari mengambil contoh rancangan melaksanakan subsidi bersasar untuk bahan bakar kenderaan yang tidak mudah tetapi perlu dilakukan.

Pemerintah sedang mempertimbangkan rancangan itu yang dijangka membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Tahun lalu, kerajaan membelanjakan kira-kira RM37.3 bilion untuk subsidi bahan bakar.



“Kita mesti ada pemerintah yang mempunyai integriti dan wibawa supaya rakyat yang akan perlu tanggung kesakitan jangka pandek yakin pada kerajaan.

“Kalau kerajaan tiada integriti, maka macam mana orang nak terima formula sakit jangka pendek itu.”

“Jika kerajaan ada kemampuan, kredibiliti, pengalaman serta pemimpin yang cekap, dan ada kestabilan politik, ia boleh dilaksanakan dan rakyat akan percaya,” katanya. FMT

Johari garis tiga pemulih ekonomi negara



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker