Coin Dobi Dijual Murah Di Shopee
Pemilik Dobi Mungkin Boleh Berdepan Kerugian Besar
Coin Dobi Dijual Murah Di Shopee
Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat orang ramai semakin selesa menggunakan perkhidmatan dobi layan diri sekaligus meningkatkan jumlah peniaga yang menawarkan servis ini. Menawarkan servis basuh serta kering dalam tempoh yang singkat serta mempunyai saiz mesin yang besar antara yang memudahkan tugas pengguna.
Di sebalik modal dan usaha yang banyak diperlukan dalam membangunkan bisnes dobi layan diri melibatkan pembelian mesin dan sebagainya, tular baru-baru ini menerusi perkongsian Twitter @SyedAkramin apabila terdapat individu yang menjual coin atau token dobi layan diri menerusi laman Shopee.
Ditawarkan dalam jumlah serendah 100 unit, difahamkan token dobi yang ditawarkan pada laman Shopee ini hadir dengan pelbagai jenis dan bentuk seiring dengan seleksi mesin dobi layan diri yang tersedia dalam negara.
Dekat Shopee ada orang jual coin dobi serendah 28 sen sekeping. Total jualan melebihi 73k. Bayangkan kerugian yang dialami oleh pengusaha dobi. Saya cadang agar pengusaha dobi tukar kepada cashless method i.e QR code. pic.twitter.com/fkROAl3yUp
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) February 17, 2023
Penularan penggunaan token dobi yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding di dobi ini secara tidak langsung bakal memberi kerugian buat pemilik dobi layan diri sekiranya diguna secara meluas oleh pengguna tidak bertanggungjawab.
Perkongsian yang dilakukan lelaki ini turut mendapat pelbagai respon di kalangan netizen di mana rata-ratanya tidak bersetuju sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan di dobi dengan cara yang ‘jimat’ dan salah.
Kalau siapa yg support perniagaan macam ni, kalau dia kena scam memang aku ucap alhamdulillah je. https://t.co/dhqDIJfpdQ
— de4n (@nadinshahimi) February 18, 2023
maybe just MAYBE, the owners themselves are the one buying it for their own machines. just a thought https://t.co/rwHxU7F3i1
— sai (@sai_highaf) February 18, 2023
Tak baik doh seller dan juga tukang beli ni. Modal dobi sendiri bukan murah-murah. Semoga pelaku yg tahu perbuatan dia ni tak bermoral tapi beli juga dan guna juga sentiasa ditimpa musibah. https://t.co/t7r1xpkdAe
— naufalantezem (@NaufalAntezem) February 18, 2023
Tak baik la buat kerja macam ni macam dah mencuri hasil jualan kedai dobi tu https://t.co/SU1eJMmyEH
— 3:3:6:7:8:4:7 (@meggs_____) February 18, 2023
Berdasarkan semakan di laman Shopee, bukan hanya token atau coin melibatkan mesin dobi layan diri sahaja ditawarkan, malah mesin air, arcade dan sebagainya antara yang turut ditawarkan bersama. Bagi mengelakkan isu ini berterusan, mungkin pemilik perlu menawarkan pembayaran secara kod QR dalam membayar secara cashless.
Sehubungan dengan itu, meskipun penjualan token dobi ini tidak dapat dihalang serta dikhususkan buat peniaga dobi layan diri, diharapkan orang ramai tidak salah guna token dobi yang ditawarkan bagi mengelakkan daripada berlaku penipuan serta menzalimi pemilik dobi. Vc
Coin Dobi Dijual Murah Di Shopee
Baca Artikel Menarik:
- SISPAA ibarat mimpi ngeri buat penjawat awam
- Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!
- FAM bukan pak turut TMJ
- Mencarik imej damai tokoh PAS Fadzil Noor, Nik Aziz
- Sarjan ditemui maut dengan 3 kesan tembakan
- Athira letak kesalahan pada orang lain – Isteri Hafidz Roshdi
- Berkhalwat dengan rakan baik suami, ibu 2 anak ditahan
- Kerajaan mahu lahirkan 125,000 huffaz profesional – Zahid
- Muhyiddin antara suspek siasatan – SPRM
- Mahathir setuju kerjasama dengan Kedah – Sanusi
- Bekas ‘orang kuat’ Ismail Sabri dirujuk ke Lembaga Disiplin UMNO
- Pertemuan Pejuang-PAS, ‘kalau Mukhriz minta kerusi di Kedah saya jammed’ – Sanusi
- Usul tetap penggal Parlimen langkah menafikan kuasa budi bicara Agong
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri
Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar