Ulama berperanan sebagai rujukan kerajaan – Zahid

Ulama berperanan sebagai rujukan kerajaan – Zahid

Ulama memainkan peranan penting dalam sesebuah kerajaan yang dibentuk kerana golongan terbabit menjadi rujukan sebelum sesuatu dasar dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis Liqa’ Perdana Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kediaman rasmi Sri Satria di sini malam ini, Ahmad Zahid berkata pandangan daripada golongan ulama mampu memastikan hala tuju yang ditentukan dalam dasar adalah berpandukan al-Quran dan Sunnah.



“Setiap dasar yang akan dilaksanakan mesti dirujuk dengan ulama agar segala usaha yang kita lakukan adalah atas nasihat dan doa ulama…insya-Allah matlamat untuk capai negara sejahtera akan tercapai,” katanya.

Ahmad Zahid berkata kombinasi jalinan kerjasama antara pemimpin dan ulama dapat memastikan setiap permasalahan yang dihadapi negara dapat diatasi berpandukan ajaran Islam.

Beliau berkata teguran dan nasihat daripada golongan ulama adalah dialu-alukan bagi memastikan kepimpinan negara sentiasa mendapat keberkatan.

Bagi memperkukuh mekanisme semak dan imbang dasar yang diperkenal kerajaan, Ahmad Zahid berkata majlis agama bersama ulama menjadi platform penting untuk membantu kerajaan mencambahkan pelbagai idea ke arah memartabatkan Islam.



Katanya, ulama merupakan obor kepada masyarakat dan berperanan memberi pencerahan dalam semua sudut kehidupan manusia berdasarkan al-Quran, Sunnah, ijmak dan qias.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menasihatkan ulama agar tidak menyalah guna ayat al-Quran, Hadis, ijmak dan qias untuk mencapai matlamat politik sebaliknya memanfaatkan ilmu berkenaan untuk memperkukuh serta menjaga kesucian Islam.

“Sekiranya kita jaga perkara ini, ada niat yang baik untuk perkuatkan agama kita, insya-Allah, Allah pasti jaga kita. Jangan jadikan agama sebagai tunggangan,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan, yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, diwujudkan bagi memastikan setiap lapisan rakyat negara pelbagai kaum dan agama di Malaysia bersatu padu serta saling menghormati walau dalam apa jua situasi. BH



Ulama berperanan sebagai rujukan kerajaan – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Meerqeen dah ‘level’ lain



Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?

‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker