ABIM persoal sikap MP PAS pertikai Menu Rahmah

ABIM persoal sikap MP PAS pertikai Menu Rahmah

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) terkilan dengan ucapan Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali yang mengaitkan Menu Rahmah dengan risiko penyakit autisme dan kanser.

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, keadaan itu amat mendukacitakan kerana seseorang ahli Parlimen harus mengemukakan penyelesaian yang boleh menambah baik kehidupan rakyat.

“Beliau tidak seharusnya memperlekeh sebarang inisiatif baik yang mendapat perhatian rakyat seperti Menu Rahmah dengan sentimen untuk mendapatkan populariti politik semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Faisal, ABIM tegaskan wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang ditampilkan sebagai Kabinet bayangan kepada jemaah menteri Kerajaan Perpaduan perlu berperanan memberikan alternafif serta menjuarai isu rakyat secara ilmiah.

“Ini adalah fungsi dan peranan Kabinet bayangan jika PN ingin membuktikan mereka bersedia menjadi kerajaan,” katanya.

Justeru Perikatan Nasional, katanya, tidak seharusnya ambil pendekatan mempertikai secara semberono tanpa kemukakan inisiatif lebih baik yang boleh dilaksanakan. MG

ABIM persoal sikap MP PAS pertikai Menu Rahmah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Makin kejam, layan macam anjing kurap – Puteri Balqis

Ms Pui Yi Tawar Biasiswa Sebanyak Rm4.3 Juta

Puteri Sarah – Digelar Sengaja Cari Publisiti Murahan Isu Rumahtangga

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker