Salah beri saiz minuman, pelanggan tembak pekerja restoran

Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) menembak seorang pekerja sebuah restoran makanan segera selepas dia dihidangkan minuman dengan saiz gelas yang salah, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Pekerja restoran Wendy’s yang berusia 16 tahun itu cedera di bahu selepas pelanggan tersebut melepaskan tembakan melalui tingkap pandu lalu.

Ketika kejadian, seorang lagi pekerja berusia 17 tahun cedera tetapi tidak memerlukan rawatan di hospital.

Seorang rakan mangsa berkata, suspek melepaskan tembakan selepas menerima makanan tidak sama seperti yang dipesan.

“Dia memesan gelas besar tetapi mendapat gelas kecil. Dia datang kembali dan melepaskan tembakan.

“Ini adalah kawasan kejiranan dan sibuk. Terdapat kanak-kanak berjalan di kiri dan kanan. Dia tidak boleh buat begitu,” kata pekerja yang enggan identitinya didedahkan.

Perkhidmatan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian pada 8 Februari lalu di Lynn, negeri Massachusetts. Lebih enam buah kereta peronda polis dikerah mengawal kawasan itu.

Polis kemudian mengesahkan kes tersebut, manakala rakaman di tempat kejadian memaparkan dua lubang peluru menembusi tingkap pandu lalu restoran Wendy’s. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar

Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker